Antara cara terbaik yang aku ketemu. Jika nak konsistenkan diri murajaah akan Ilmu. Maka cara terbaik adalah dengan join Majlis Talaqqi. Maka ianya akan mendisiplinkan kita untuk belajar.
Apabila kita dapat rasa. Terlalu banyak buang masa melayan Facebook dan Instagram. Apabila setelah sejam dua melayar, kita dapati tiada manfaat yang kita peroleh, melainkan semakin tidak tenteram, qolbun qosin, emosi dikawal media sosial. Maka langkah terbaik adalah dengan nyahaktif (Facebook) atau nyahdaya (Instagram).
Kemudian. Bila kita dapati juga. Berjam kita menghadap Televisyen. Namun tiada faedah penuh kita dapat. Jualkan saja Televisyen itu di Mudah.my.
Sebagai alternatifnya. Seperti majlis ilmu tadi. Maka download sebanyak-banyaknya kitab pdf. Layari ia ketika boleh. Yang ini lebih berfaedah dan menambah ilmu.
Kita nak mengulang hafalan Alquran yang kita ingat. Caranya dengan menjadi guru tasmik. Suasana amat penting bagi seorang penghafaz. Suasana bersungguh dengan Alquran tiada ditempat lain, kecuali di bilik tasmik.
Kita puas mengulang. Tapi ada ayat yang kita tak confident. Kita boleh ulang direct, tapi sekadar lalu mulut. Gambaran ayat tu tak lekat di otak. Jadilah imam dan bawa ayat-ayat itu ketika solat. Seriously, cubalah. Anda akan dapat rasa beza view anda terhadap ayat itu. Cukup 2-3 kali bawa, ayat tu terbayang-bayang dalam kepala kita.
Kita lupa hafalan Alquran. Orang tak faham akan perli dan sindir. Tapi orang yang ahli, mereka akan faham. Mudah je. Bagi seorang yang dalam proses menghafaz Alquran.
Step pertama adalah untuk hafaz dulu 30 juz atau sebahagian Alquran dulu. Biasanya guru akan minta pelajar khatam dulu, untuk lalu air dan ketika mengulang nanti, dah tak terbeban memikir nak khatam. Biasanya proses ini mengambil masa 2-3 tahun. Sebaik selesai, orang luar akan sangka pelajar ini habis hafalan, maka ingatlah Alquran. Bila pelajar lupa, mereka tak puas hati. Ini silapnya, mereka tak faham. Ada lagi tiga step pelajar itu perlu lalu.
Step 2. Fasa mengulang. Walaupun sebahagian ayat dah jadi macam tasmik semula coz lupa, tapi hakikatnya berbeza. Jika masa mula-mula menghafaz dahulu gearnya adalah 1-2. Maka kali ini sudah boleh 3-5. Sebab ayat itu sebahagiannya ada dalam kepala pelajar. Fasa inilah bagi saya antara paling best, sebab bukan lagi bergantung pada kemampuan. Tapi lebih kepada sikap. Sifatnya rally dan perlu sentiasa ulang untuk ingat.
Seterusnya Step 3. Fasa syahadah. Fasa inilah yang orang duk ingat berlaku ketika di step 1. Walhal ianya di fasa ke 3. Fasa inilah menguji kemampuan pelajar untuk menjaga dan menghafaz Alquran. Pelajar diminta memperdengarkan 10 juzuk sehari dan 3 hari khatam 30 juz. Kemudian 15 juz sehari, sekitar 7 jam sekali hantar. Dua hari khatam 30 juz.
Step 4 fasa menjaga hafalan. Fasa ini berlaku sepanjang hayat.
Jadi. Untuk lalui 4 fasa ini agak sukar. Maka perlukan kita lebih bijak dan kreatif. Cara yang berkesan. Ambil kelas hafazan Alquran part-time di mana-mana madrasah. Jadi kita boleh konsisten.
Banyak kelas kita telah hadiri. Banyak kitab kita dah khatam. Banyak matan kita dah hafaz. Praktikal dengan guru juga sudah habis. Namun semua itu kita simpan kemas dalam almari. Sayang. Kita dapat input dan kita bekukan. Jangan begitu. Usahakan output-nya. Dengan cara mengajar. Seriously. Disamping kita lebih tekun murojaah, ianya akan latih kita untuk lebih teliti, membelek banyak sumber kitab, menguasai ilmu itu dan lebih lekat di kepala.
Dibawah adalah sedutan screenshot sebuah telefon bimbit. Yang mungkin kita juga boleh tiru (Yang bagus sahaja. Yang tak elok jangan). Bersihkan telefon dari anasir yang menghabiskan masa kita dengan benda yang tidak berfaedah. Penuhkan dengan kitab dan ilmu.