Sebenarnya. Goal aku seminggu dua terakhir ni untuk stay low profile. Tiada orang follow apa aku buat. Bergerak sesenyap angin, tugas selesai dengan smooth. Namun takdir Allah terbaik. Sekali hampir semua benda berbunyi. Berdentum-dentam. Boleh kata semua tempat ada peristiwa. Jadi tak dapat juga nak sorokkan kelibat.
.
Antara yang sangat ketara tugasan imam. Hampir sebulan aku bercuti, disebabkan jatuh motor. Jadi terawikh ni dapatlah aku relaks, tidaklah perlu sangat menonjol ke depan. Boleh lepaskan tanggungjawab kepada imam yang dipilih. Sekali banyak pula hal berlaku. Ada satu malam giliran imam baru. Aku pula kena ke bandar. Sebab ada appointment dengan sorang inspektor di IPK Kuantan. Aku awal-awal maklum ke Imam 1 dan Imam terawikh akan ketidak hadiran aku. Selesai perjumpaan (Nantilah cerita bab ni), aku ingat nak solat terawikh masjid negeri, sekali rasa macam nak balik jengok masjid aku je. Jadi aku ubah fikiran, untuk balik semula. Walhal azan isya dah mula.
.
Sampai tengah jalan, tengok minyak nak kering. Terus U-Turn kat LHDN pergi BHP tepi tu. Kemudian U-Turn semula di McDonald HTAA untuk balik. Punyalah banyak U-Turn dan duk main ulang-alik begitulah malam tu.
.
Sampai masjid. Rasa lain macam. Sebab bunyi suara Imam 1.
.
Sudah ! Si Ustaz *** mana??. Buka handset. Sekali 7 misscall. Aku Cuba call. Rupanya Ustaz *** tersilap masjid. Dia nak undur kereta tak dapat sebab kereta disekat. Masalahnya, jemaah waktu tu dah nak habis Solat Sunat Ba'diah Isya dan aku Solat Isya pun belum lagi ! Camne nak Imam Terawikh? (Semalam baru terfikir, camne buah pelepas kalau hadapi masalah sebegini). Kejadian tu tiga hari lepas.
.
Aku lekas-lekas Solat Isya. Dan jemaah menantiku. kikiki.
.
Habis tu. Hampir semua yang dibaris depan memandangku. Aku beri iayarat kata ok. Diorang pun qomat. Aku lantas jadi imam. Sambil buka Alquran. Diulangi... SAMBIL BUKA ALQURAN !! Aku dengan sengajanya melanggar prinsip dan kezonnan aku berkait hukum melihat Alquran. Semuanya dek kerana terdesak. Sebab tak dan mengulang. kalaupun boleh je petik mana-mana muka surat yang aku ingat. Tapi satu je nak cakap. Percayalah, Insha Allah kalau kau tengah cuak, gelabah dan mengejut begitu. Surah-surah Lazim pun boleh lupa dan tersangkut oi.
.
Alhamdulillah. Kerja meng-cover selesai. Walaupun ada juga part tak puas hati khusus bab tengok Alquran. Tapi secara overall, 70% oklah.
.
Selang satu malam kemudian.
.
Ustaz*** sekali lagi terlewat. Dalam 8.20mlm masih di Seberang, yang jaraknya sekitar 30 minit dari sini. Isya pukul 8.32mlm. Ah sudah...
.
Aku sekali lagi jadi bidan terjun. Isya aku bawa dengan ayat doa Nabi Zakaria tu. Bawa separuh muka satu rakaat. Selamat ayat tu mudah nak ulang. Kemudian habis solat. Saje buai jemaah dengan zikir munajat.
.
Habis solat sunat. Pusing belakang. Setelah lama melilau (Rasanya ramai perasan), Alhamdulillah Ustaz*** ada. Lega aku. Ingat nak bawa ayat yang ulang pagi tadi. Bimbang juga, takut-takut blur, alamatnya kenalah langgar prinsip lagi sekali dengan tengok mushaf.
.
Tapi masalah baru pula menghantui. Ustaz*** bawa Surah Yasin, bimbang pula jemaah bising nanti. Walau betullah malam 23 jadi juz 23. Tapi bimbang juga soksek-soksek mulut orang.
.
Habis selawat rakaat ke-empat, nak jadi cerita lagi. Sekali penceramah tak hadir. Imam 1 minta aku ganti. Alhamdulillah menjadi, sampai ada laung takbir sebaik aku tamatkan tazkirah. Zouk semangat datang barangkali insha Allah.
.
Alhamdulillah. Walaupun Ustaz*** bawa Surah Yasin, tapi bolehlah dimaafkan. Sebab malam 23 kan. Jadi juz 23. Bertambah lega, bacaan Ustaz*** pun ok, ada nada kematangan dalam bacaan. Adalah aura Ustaz tu. Jelas kelihatan waktu berzikir selepas witir Alhamdulillah.
.
Alhamdulillah. Malam itu mood aku menjulang-julang tinggi. Sampai sukar dibendung. Jadi aku berusaha meredakannya. Duduk rumah tidak berjaya menenangkan aku. Aku telefon Anep, sambil bawa motor keliling Sungai Isap Jaya ni. Dan Alhamdulillah keterujaan aku berjaya dikawal 70%.
.
Alhamdulillah. malam itu aku tidur dengan nyenyak.