إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ ۖ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Isnin, 29 Julai 2019
Cintai Ilmu Usuluddin:
.
.
Dalam minggu ni. Berkali-kali Ustaz Wan Zukir (Pondok Sri Damai) tekankan di dalam kelas Usuluddin. Supaya gunakan kalimah BAGI, ketika WAJIB BAGI ALLAH. Dan gunakan ATAS, ketika MUSTAHIL ATAS ALLAH. Istilah arabnya: واجب لله ومستحيل على الله.
.
Teringat masa mula duk Pondok pasir Tumboh dulu. Baik dengan seorang rodong. Tok Faqir dari Kedah. Dia tanya, sebab apa masuk pondok? Kata, sebab nak mahir Fiqh. Tanya dia balik, sebab apa dia masuk pondok? Katanya sebab nak mahir Tauhid.
.
Terkejut juga masa mula dengar. Ingat semua orang macam kita. Teruja nak tau hukum hakam, nak dalami satu-satu masail, nak tengok sendiri teks kalam ulama.
.
Ada juga yang jenis obses dengan Ilmu Tuhid ye? Pelik juga masa tu. Tapi bila dah beberapa ketika duk situ. Baru faham, betapa 'manisnya' ilmu Tauhid. Kesannya lain macam. Patutlah darinya lahir pati yang sangat berharga, iaitu Ilmu Tasawwuf.
.
Teringat sebelum tu. Kita pula takjub dengan rodong ni. Dia punya semangat tu. Sampai beria tunjuk sebuah rakaman video, siap bersungguh dia terang apa yang berlaku. Video sesi penerangan, penggunaan istilah 'PE' pada merujuk sifat ma'ani yang digunakan oleh Pak Da Eil Mekah. Contohnya 'PEKUASA' berbanding guna 'BERKUASA'. Sesi penerangan tu oleh Baba Ismail Sepanjang di alik Patani. Disebabkan ada kepala mutollaah yang tak setuju dengan istilah tu. Ramailah yang hadir, Ada juga wakil pondok Pasir Tumboh pergi.
.
Masa tu fikir. Nak cerita bab 'PE' je, tapi mereka punya bersungguh tu lain macam.
.
Teringat juga Ustaz Din Perak ngajar Ilmu Usuluddin di madrasah tinggi (Madrasah Tok Guru Haji Abdul Aziz). Punyalah semangat. Berapi-api. Kalau mula follow, mesti seram juga rasanya. Dia punya penghayatan terhadap setiap lafaz dan istilah tu memang detail.
.
Tapi bila berdikit-dikit kita follow. Rupanya memang mereka yang berenang dalam tasik Usuluddin ni jenis daqiq atau teliti orangnya. Khususnya dalam penggunaan uslub dan lafaz yang sesuai.
.
Dalam gambar ni. Yang rumi tu snap dari Kitab Ustaz Muhadir Haji Joll. Ustaz Muhadir ni mantap betul ilmunya. Yang jawi screenshot dari Kitab Bakurotul Amani susunan Pak Da Eil Mekah.
.
Jom berenang !