Isnin, 29 Julai 2019

Satu masa dulu pernah duduk-duduk sekali dengan Habib Ahmad.

Satu masa dulu pernah duduk-duduk sekali dengan Habib Ahmad. Dekat Baitus Safra', Abbas Aqqad. Masa tu khatam kitab Nailur Raja' tak silap.
.
Habib cerita pengalamannya cari guru. Masa tu lah baru nampak jelas, beza antara Syeikhul Fattah dan Syeikhul Murabbi. Jika Syeikhul Fattah menunjukkan kita jalan. Syeikh Murabbi pula adalah pembimbing atau jurulatih kepada seorang salik.
.
Habib cerita. masa dalam pencariannya. Salah seorang gurunya mengenali Habib sebagai salah seorang ali bait. Dengan beradabnya, sepanjang perbualan, guru tu hanya lipatkan kaki ke belakang. Duduk tawarruk atau iftirash. Menjaga adabiyah. Kerana menghormati ali bait Rasulillah.saw.
.
Teringat kisah yang dipetik Ustaz Muhadir Haji Joll dari Risalah Mustarsyidin:
.
Pada satu hari Saidina Ibnu Abbas.ra berjalan bersama gurunya Saidina Zaid bin Tsbit.ra. Walaupun dikenali sebagai Habrul Ummah dek kerana keluasan ilmu dan kefahamannya akan agama, malah ali bait lagi. Namun beliau memberikan gurunya menunggang tunggangan. Manakala beliau hanya berjalan di belakang. Saidina Ibnu Abbas.ra berkata:
.
هكذا أمرنا أن نفعل بعلمائنا
.
Beginilah kami disuruh. Untuk membuat perkara ini kepada para ulama kami.
.
Apabila sampai di tempat yang dituju. Gurunya itu turun dari tunggangannya. Saidina Zaid bin Tsabit.ra pun mencium tangan Saidina Ibnu Abbas.ra. Saidina Ibnu abbas.ra berasa kurang selesa kerana Saidina Zaid.ra  adalah gurunya. Tetapi Saidina Zaid.ra berkata:
.
هكذا أمرنا أن نفعل بآل بيت نبينا
.
Beginilah kami disuruh untuk membuat perkara ini kepada ahli keluarga Nabi kami.saw.
.
Antara perkara yang kita teruja. Bila ada anak murid dari Syed atau Syarifah. Terus soalan cepu emas akan keluar: "Kamu dari susur galur mana ye? Alattas? Bin Syihab?".
.
Malah di Ardul Kinanah juga kawan-kawan kita beruntung. Walaupun ada juga ali bait yang ilmunya biasa. Tapi di Ardul Kinanah tu ramai Masyaikh yang mengajar, mereka sendiri dari Ali bait Rasulillah. Contohnya Habib Ahmad dari jalur Almaqdi. Syeikh Yusri dari jalur Alashraf. Syeikh Ashraf dari jalur Alidrisi.
.
Moga Allah berikan lagi kita peluang bertemu dengan guru-guru kita. Moga kita diberikan syafaat oleh Sayyidina Nabi kita.saw.