Jumaat, 19 Julai 2019

" Kita ni. Bior belajar sampai kitab tak boleh tipu kita."

" Kita ni. Bior belajar sampai kitab tak boleh tipu kita."
.
Ingat dulu. Inilah kata-kata yang pernah keluar dari bibir guru.
.
Ingat masa mula dengar Ustaz Zul Mukhsah syarah kitab Mukhtasar Jiddan dulu. Pergh, blurr terus. Tak tahu mana nak terpa. Rasa macam tak pernah belajar nahu. Padahal syarah kepada Matan Ajrumiyah je pun. Persoalan. Kenapa jadi macam tu?
.
Sebabnya. Kita nampak benda zahir je. Kita tak nampak benda ghaib.
.
Kita tahu مبتداء/فاعل/فعل مضارع yang tak ada عامل menasab atau menjazam itu مرفوع. Kita tahu
 مفعول به/حال/مفعول مطلق itu منصوب. Kita tahu
 اسم مجرور/مضاف إليه itu مجرور.
.
Itu cara fikir kita. Kita fokus nak bagi baris kepada kalimah, cukup tengok qorinah kiri kanan atau makna. Okeylah tu. Bagus dah buat pemula.
.
Cuma bagi set-set Patani ni lain. Fokus otak diorang adalah untuk cari tempat untuk تعلق atau تقدير. Kalau jumpa huruf جر asli. Dia akan cari kat mana nak تعلق. Kalau jumpa حال, dia akan datangkan تقدير. Kalau jumpa إضافة, dia akan telek jenis إضافة tersebut.
.
Inilah punca kenapa kita jadi blurr. Sebab kita tak mahir perkakas untuk singkap hijab tu. Sebab tu guru selalu duk ulang satu nasihat:
.
لولا الحذف والتقدير لفهم الحمار
" Kalaulah tidak kerana Hazaf dan juga taqdir. Maka Keldai pun boleh faham (baca kitab) "
.
Agak kasar ayatnya. Tapi itulah klu penting. Mahirkan حذف, تعلق dan juga تقدير. Baru kemas belajar nahu.