Teringat kisah diceritakan Habib Ahmad al-Maqdi. Salah seorang tenaga pengajar di Jami' Alazhar, Kaherah, Mesir;
.
.
Di samping mengajar. Habib juga ada belajar. Menariknya Habib cerita. Salah seorang gurunya adalah seorang yang dah berumur. Terlalu uzur dan dah tak larat. Namun ajaib, bila tiba sahaja waktu mengajar, Syeikh itu akan terus bertukar imej. Jadi sangat segar. Malah kelas pengajian bimbingannya menjangkau sehingga 6 jam.
.
Ada sebahagian masyaikh. Ikutkan tak berapa sihat. Tapi bila mula je mengajar, seolah sakit tu semua hilang. Yang ada hanya keterujaannya bercerita masail, memetik kitab sana, kitab sini. Bercerita pengalamannya menuntut ilmu.
.
Satunya mungkin asbab:.
.
ما من قوم يذكرون الله إلا حفت بهم الملائكة وغشيتهم الرحمة ونزلت عليهم السكينة وذكرهم الله في من عنده.
.
" Tiada suatu kaum pun yang berkumpul kerana mengingati Allah. Kecuali dinaungi oleh malaikat. Dilitupkan dengan rahmat. Diturunkan kepadanya ketenangan. Dan Allah akan menyebut² mereka itu kepada makhluk²-Nya.."
.
Kedua. Itulah syurganya.
.
إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا، فقال أصحابه الكرام: يا رسول الله وما رياض الجنة ؟ قال: مجالس العلم
.
" Jika kamu lalu di taman-taman syurga maka hendaklah kamu berhenti. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apa taman-taman syurga itu? Sabda Nabi.saw: Majlis-majlis ilmu."
.
Jadi tak hairanlah. Kenapa para masyaikh kita begitu merasa kemanisan dan keberkatan majlis ilmu. Sebab itulah syurganya.