Isnin, 29 Julai 2019

[ UNDERSTANDING; ]


.
.
Kata guru. 'Fiqh ni lautannya luas'. Kerana itu sayugia jika berkubang di satu² tempat. Kita dinasihat tak terburu² salahkan amalan masyarakat disitu. Perlu cermat.
.
Kerana itu juga. Pesan ulama terdahulu. Kalau nak mengaji, biarlah dengan guru² tua. Sebab ilmunya tu 'masak'. Banyak khilaf yang ia telah jumpa, banyak kitab yang ia telah belek dan banyak ijtihad yang ia telah ketahui. Yang muda ada ilmu kalau dia tekun, tapi takkan sama dengan yang tua. Kerana itu dibezakan diantara seorang yang faqih dan juga seorang mufti. Bagi mufti itu disyaratkan sekali perlu memahami waqi' masyarakat.
.
Contoh mudah. Mazhab Syafie kita punyai dua susur yang utama. Iaitu susur Ibn Hajar dan susur ar-Ramli (Saghir). Rasanya hampir setiap bab dalam kitab fiqh yang kita buka. Pasti ada khilaf diantara dua imam ini. Sehingga ulama mengarang sebuah kitab yang tebalnya dekat setengah jengkal. Yang dinamakan sebagai Fathul Ali, bagi menghimpunkan khilaf² yang berlaku, antara dua imam ini.
.
Dan kena faham. Tok² gru kita dulu ramai mengaji di Mekah. Jadi kitab² dan pendapat mereka lebih cenderung kepada Imam Ibn Hajar atau Ahlul Hijaz. Adapun guru² kita di sekolah sanawi ramai mengaji di Mesir, kerana itu pendapat dan rujukan mereka cenderung kepada Imam Ramli.
.
Itu baru khilaf antara dua imam. Belum lagi masuk Khatib Syarbini, Asnawi, Towus, Zakaria al-Ansori, an-Nawawi, ar-Rafie dan ramai lagi imam² besar
dalam mazhab syafie. Itu baru mazhab kita, belum lagi mazhab lain.
.
Takde masalah naqol apa yang ada dalam kitab, dan beritau ke jemaah. Tapi bila tegang urat marah ke orang kampung, sebab tengok mereka 'macam' salah beramal.Tu kena hati² sikit. Kena cermat. Sebab orang dulu² ni pun, sebahagiannya bukan calang2. Ada yang dah khatam ngaji Kitab Sabilal Muhtadin, Bughyah Tullab, Matla' Badrain atau Albahru Alwafi. Dengan tok² guru lama pula tu. Cuma takdir Allah, dia jadi pendengar waktu tu.
.
Kalau cermat. Banyak sebenarnya budaya melayu kita ni ada sandaran dari Alquran atau Alhadis. Cuma ia dah jadi 'auto-pilot'. Dah jadi sendiri. Sampai yang mengamalkannya pun kadang² tak perasan, ada hadis yang bercerita tentang apa yang dia buat. Walaupun sekadar hadis umum.
.
Fa-taammal !