إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ ۖ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Isnin, 29 Julai 2019
Coretan Maghrib: بيئة صالحة (Suasana yang baik)
.
.
Ulama dari Salafuna as-Soleh kita amat gigih belajar adab.
.
Kata al-Imam Abdullah Ibnu al-Mubarak (غاية النهاية):
.
طلبت الأدب ثلاثين سنة وطلبت العلم عشرين سنة
.
"Aku belajar adab selama 30 tahun, dan aku menuntut ilmu 20 tahun."
.
Kata Abdullah ibn Wahhab (سير الأعلام النبلاء):
.
ما نقلنا من أدب مالك أكثر مما تعلمنا من علمه
.
"Apa yang kami nuqilkan dari adab Imam Malik, lebih banyak dari apa yang kami pelajari dari ilmunya."
.
Malam semalam berbual dengan Mi (ibu). Bicara pasal Batrisya (anak sedara) dan ahli keluarga. Fasa paling kritikal bagi remaja adalah waktu sekolah menengah. Sebab tu, kut mana cara pun. Kita kena usaha letakkan anak² di sekolah yang بيئة صالحة terjaga. Kalau terpaksa OT (over time) untuk cukupkan yuran pun, kenalah. Atau terpaksa puasa sikit dari ngeteh malam² pun, takpelah. Tak lama, dalam 5-6 tahun je berkorban. Sebelum mereka matang berfikir.
.
Kata Syeikh Rohimuddin. Amal diperolehi dengan 2 perkara. Pertama Suhbah dan keduanya Ilmu. Adapun kesan Suhbah itu lebih kuat.
.
Persekitaran atau بيئة صالحة amat penting. Kata nabi:
.
مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً
.
" Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.."
.
Teringat Ustaz Zainul Asri pernah petik, suatu kalam dari Hikam al-Imam Ibn Atoillah as-Sakandari:
.
ادفن وجودك في أرض الخمول فما نبت مما لم يدفن لا يتم نتائجه
.
Tanamlah dirimu dalam tanah kerendahan. Sebab tiap sesuatu yang tumbuh tapi tidak di tanam, maka tidak sempurna hasil buahnya.