Jumaat, 19 Julai 2019

[ Suasana Masjid Jamek Seri Petaling ]


.
.
Suasana akhir Ramadhan di Masjid Jamek Seri Petaling meriah. Pusat bagi Jemaah Tabligh di Malaysia.
.
Seronok tengok masjid ni. Dapat rasa suasana ibadah tu hidup. Ada orang mengaji, ada orang solat, ada orang zikir, ada orang tidur.. erk. Masjidnya tak berpintu, jadi 24 jam 7 hari seminggu siapa-siapa boleh masuk. Anda bebas untuk iktikaf dan tidur di sini dan anda tidakkan dihalau. Ada berbilang bangsa di sini. Suasana khidmat dan ikram musliminnya hidup.
.
Masjid ni tiada tabung masjid dan aktivitinya padat. Dari lepas subuh dah ada bayan, pukul 10 pagi ada tasykil bagi yang nak buat usaha dakwah. Lepas zohor ada majlis bacaan hadis, lepas asar ada majlis untuk takaza (usaha dakwah?) lagi, untuk koreksi gerak kerja dakwah mereka. Bincang sifat bagi karkuzari (Mereka yang keluar dakwah?). Belum campur yang tengah-tengah antara majlis. Setakat tu dulu, sebab baru sempat sampai asar. Tak sabar nak tengok apalah depa buat waktu malam.
.
Tadi baru tau. Rupanya jemaah tabligh wanita pun ada. Dengarnya dalam 15 hari rasanya buat usaha dakwah. Mungkin adalah syarat-syarat yang mesti dipatuhi sepanjang takaza itu. Mereka panggil masturat ye bagi jemaah wanita?  Untuk keluarga diminta untuk hidupkan majlis taklim dalam rumah. Maaf saya hanya sebut apa yang saya sempat curi dengar, sayapun tak biasa dengan budaya dan istilah-istilah jemaah tabligh.
.
Usaha dakwah antara perkara penting bagi geng tabligh. Jadi selain majlis taklim. Perbincangan tentang amalan memakmurkan masjid antara perkara penting dibincang. Setiap masjid mesti buat majlis taklim, mesti ada 2-3 orang akan keluar. Ada bincang usaha hidupkan amalan 24 jam (Imarahkan masjid 24 jam dengan dakwah), dengan jadikan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sebagai contoh.
.
Besar pahala pengasasnya dulu (Maulana Ilyas?). Asbab idea dan usahanya, usaha agama jadi hidup.
من دل على الخير كفاعله
.
Berkait ijtihad dakwah bagi jemaah tabligh. Sayugianya kita tak kritik pendekatan mereka. Kerana mereka dikelilingi ulama. Khususnya dari Asia Selatan, jadi adalah illah bagi setiap manhaj yang mereka buat. Teringat pernah baca manaqib Maulana Zakariya Kandahlawi, rupanya sanad ilmunya bersambung dengan Syeikhul Islam Syeikh Zakariya Alansori.
.
Cukuplah sampi disini. Nanti lapor lagi kalau ada benda best insha Allah..