إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ ۖ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Isnin, 29 Julai 2019
Motivasi: Pusat Permata Camar;
.
.
Lama dah tak pergi ke sini. Kali terakhir dulu rasanya dalam tahun 2008. Waktu diploma. Masa tu join geng badan dakwah MTNP, buat program dengan penghuni Permata Camar.
.
Permata Camar ni sebuah penempatan bagi anak yatim fakir miskin. Lokasinya area Sungai Soi. Dulunya hanya ada beberapa buah banggunan kecik. Teringat asrama pelajar yang unik, sebab ala-ala chalet. Sekarang dah besar dan gah. Dah rupa sekolah pun ada. Dewannya sahaja, rasanya setaraf SMAI dan MTNP punya.
.
Jumpa dengan seorang staff. Katanya dulu diapun tinggal di sini. Sekarang dah berkhidmat di sini. Sekejap benar masa berlalu.
.
Pusat Permata Camar ini mulanya di asaskan oleh Ustaz Badrul Huzaini tak silap, kemudian berpindah milik kepada NGO NADWAH PAHANG. Ustaz Badrul buka pula pusat baru namanya Nur Iman. Institusi untuk jaga anak yatim juga. Cuma ditambah sekali dengan silibus tahfiz. Permata Camar ini tidak sediakan pengajian tahfiz rasanya,
.
NGO NADWAH Pahang ni bagus. Kalau kita ke bandar. Lokasi pejabat mereka di banggunan MUIP depan masjid negeri. Mereka sediakan mesin untuk hemodialisis. Banyak juga mesin yang mereka ada kalau baca senarai, hasil sumbangan masyarakat dan syarikat. Satu mesin dalam RM40k.
.
Lagi satu. Kalau perasan, sebahagian pasar malam ada lori yang tulis Musolla bergerak. Dengan tujuan untuk memudahkan pengunjung dan peniaga untuk solat. Ini antara inisiatif NGO NADWAH PAHANG.
.
Moga kerja kesukarelawanan mereka ini diberi ganjaran besar oleh Allah jalla wa 'ala.