بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Alam Jejaka
Kali ini sengaja kita bual2 pasal jejaka,
Sahabat2 kita.. Abang2 kita.. Adik2 kita & juga kita,
Sambil pekena teh-o panas.. Cuaca pula dimusim sejuk,
Sama2 kita selami.. Rahsia diri seorang jejaka,
Bual2 lelaki
Berbual2 dengan Seorang lelaki sangat seni,
Apa yang difikir tak semesti dipamer,
Tingkah laku sering berbeza dengan garapan fikiran,
Mungkin Hipokrit.. Namun bagiku lebih kepada "Serasi Keadaan",
Diam Sang Jejaka
Jika diam Seorang Wanita tandanya setuju,
Diam lelaki bukan begitu.. Jika setuju ia akan hangguk,
Di hatinya tidak bersetuju.. Namun ia diamkan sahaja,
bukan tidak berani bersuara.. Sebetulnya ia malas nak "panjangkan" cerita,
Muamalah Sang Jejaka
Semakin jauh jejaka mengembara.. Semakin pandai ia berdikari,
Masuk kandang kambing menegmbek.. masuk kandang kerbau menguak,
Banyak perkara yang didapati "tak kena"... Namun jejaka tetap berdiam,
Sebab Jejaka "Wajib" tahu... Hidup bukan untuk hari ini sahaja !!
Mematangkan Si Jejaka
Mematangkan Jejaka bukan dengan pakaikan ia "Watak Macho",
Namun kena lambakkan ia dengan masalah.. Baru ia belajar,
kerana itu petua Tuk Nenek kita.. Nak cepatkan Mamat matang.. "bagi dia kawen",
Tanggungjawab & masalah yang dibungkus molek.. Besar peranannya buat Sang Jejaka,
Jejaka Islamik
Tunjang masyarakat adalah Abang Jejaka,
Semaian & Suasana Agama mesti ia gelumangi sejak kecil,
Supaya nanti Agama akan sentiasa di hatinya,
Berilah apapun akhirnya nanti.. I'Allah sinar agama kan sentiasa terhiasi,
Fahami Abang Jejaka
Disebalik dirinya yang pendiam & tak banyak cakap,
Kadangkala hati Abang Jejaka minta didengari.. Lebih cantik difahami,
Manusia suka jika ia dirai.. Namun berapa kerat sahaja yang suka merai?
Percayalah I'Allah... Manusia yang "merai" adalah manusia yang paling cantik bg stiap orang(^^,),
Perbetulkan Abang Jejaka
Sangat mudah mengkritik & mencemuh.. Tapi sukar pada membimbing,
Caranya perlu bijak.. & kena pada masa,
Baru Kesan & Targetnya menjadi I'Allah,
Kadangkala kena kaji hati.. Kadangkala kena guna wakil ke-tiga,
Motivasi Jejaka
Sudah lumrah Sang Jejaka menjadi Seorang Ketua.. Juga perlu mengurus,
Jangan sesekali melemah @ meruntuh.. Sang Jejaka perlukan Sokongan,
Semakin diberi sokongan.. Semakin Teguh Jiwa &Semakin yakin diri,
Walaupun sebelumnya Pasif.. Namun I'Allah akhirnya bertukar Harimau Garang,
Indahnya menjadi Jejaka
Di luar jendela sana... Ada berjuta2 watak Jejaka,
Mungkin majoritinya sangat yakin pada diri.. Sangat gembira dengan diri,
Masing2 bergerak kepuncak.. Membujur lalu melintang patah,
Namun Kekanda.. Usahlah mudah terpedaya.. kerana yang sebetulnya hanya seorang "menjadi",
Jejaka contoh Oleh Allah ----Selawat dan salam keatas junjungan besar Saidina Muhammad s.a.w,-----
Pakwan: Banyak sangat melayan kerenah Jejaka2 kat sini.. inilah akibatnya I'Allah,