Rabu, 8 Julai 2015

Cara mendirikan Solat Sunat Tasbih

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Cara mendirikan Solat Sunat Tasbih;

1. Imam Alghazali memilih untuk lakukan 4 rakaat dengan satu salam jika didirikan di siang hari. Dan 4 rakaat dengan dua salam jika didirikan di malam hari.

2. Sunat mendirikan Solat Sunat Tasbih setiap hari. Jika tidak mampu maka sekali seminggu. Jika tidak maka sekali sebulan. Jika tidak maka sekali setahun.

3. Solat Sunat Tasbih adalah dari jenis Solat yang tidak disunatkan berjemaah. (Namun bukanlah menjadi suatu halangan jika dilakukan juga secara berjemaah. Tidaklah makruh apatah lagi haram).

4. Jika tertinggal atau terkurang tasbih. Tambahlah ketika rukun yang panjang seperti ruku' atau sujud. Jangan ditambah di dalam rukun yang pendek seperti I'tidal dan duduk antara dua sujud.

Lafaz Tasbih:

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر .

WAKTU TASBIH DIBACA;

CARA PERTAMA
1. Sebelum baca Alfatihah - 15
2. Selepas baca Surah - 10
3. Selepas zikir ruku' - 10
4. Selepas zikir i'tidal - 10
5. Selepas zikir sujud pertama - 10
6. Selepas zikir duduk antara
dua sujud - 10
7. Selepas zikir sujud kedua - 10

Jumlah = 75 (75 × 4 rakaat = 300)

CARA KEDUA

1. Selepas baca Surah - 15
2. Selepas zikir ruku' - 10
3. Selepas zikir i'tidal - 10
4. Selepas zikir sujud pertama - 10
5. Selepas zikir duduk antara
dua sujud - 10
6. Selepas zikir sujud kedua - 10
7. Ketika duduk istirohah atau sebelum membaca tahiyyat awal atau tahiyyat akhir - 10

Jumlah = 75 (75 × 4 rakaat = 300)

* Bagi cara kedua. Boleh takbir intiqolat bermula bangkit dari sujud dan berakhir ketika duduk istirohah. Semasa bangkit dari duduk istirohah untuk berdiri sudah tidak perlu bertakbir.

* Cara pertama dipilih oleh Ibn Almubarak. Juga sesuai bagi yang ingin mengerjakan secara berjemaah.

* - Jika seorang meninggalkan 'sebahagian' tasbih, tanpa dapat menggantikannya. Maka masih dikira Solat Sunat Tasbih.

- Namun jika dia langsung tidak bertasbih. Maka solatnya hanya dikira sebagai Solat Sunat biasa (mutlaq), bukan Solat Sunat Tasbih.

Wallahu A'lam bissowab

Rujukan:

حاشيةإعانة الطالبين