Sabtu, 24 Mac 2012

Sedih dengan Result Exam


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Result SPM keluar
Syukur pada Allah.. 1-2 hari yang lepas result "ditunggu" telah keluar,
I'Allah saya pasti.. mimik yang berbeza2 pasti tergambar,
Ada yang gembira tak terperi.. Syukur pada Allah..  Usaha selama ini akhirnya berhasil,
Ada juga yang sekadar berpuas hati... Walaupun tidaklah tinggi.. Cukuplah tu,
Ada juga yang bersedih.. Ruginya waktu2 free dulu aku tak guna untuk study...


Yang sudah biarkan berlalu.. 
Yang mendatang kita tempuh sungguh2
Untuk 1-2 minggu ini.. biarlah kita bermain dengan emosi,
memang benar.. kekecewaan itu sukar untuk dipendam begitu sahaja,
Namun perayalah kata saya i'Allah... Pendamkan & jangan luahkan kecewa itu,
kerana itulah terbaik... Bila hati kamu sudah tenteram nanti.. kamu akan faham kenapa..
(Bagi yang sesuai begini.. Jika kamu lebih suka meluah.. terpulang...)


Namun dengan syarat... 
Dalam suasana ini.. Jika rasa tidak mahu hidup di alam nyata sekalipun..
Biarkan badan bergerak untuk Wudhuk, Solat & berjemaah di masjid... 
Jangan tonton @ baca artikel2 yang boleh mengguris hati...
I'Allah lambat laun.. Perasaan sedih itu akan berlalu pergi...


Pulihkan Jiwa
Perbanyakkan baca buku "Orang2 berjaya" yang pernah gagal..
Bagi saya buku Cerita Saya @ MyStory hasil karya Lim Goh Tong sangat2 bagus untuk dibaca..
Saya sendiri pernah mengkhatamnya & hadiahkan pada teman saya,
Sampai sekarang I'Allah.. Kisah2 di dalamnya banyak menginspirasi & memotivasikan saya...


Kita sama bangkit
Kesan Imtihan @ exam @ peperiksaan bukanlah begitu penting..
Ia hanyalah diadakan oleh sekumpulan manusia untuk menilai diri kita..
Jawapan yang kita berikan mestilah mengikut skima @ kehendak mereka,
Tak pasal2 kita perlu jadi hamba & kuli kepada kehendak mereka..


Justeru.. kenapa perlu terlalu bersedih?
Adakah disebabkan kita gagal laksanakan kehendak mereka... kita bersedih?
Tidak sahabat... Mulakanlah membina kehidupan yang baru,
Mungkin kita mahu kehidupan "itu".. Namun Allah tahu bahawa kehidupan "ini" lebih baik,
Kesatkan air mata itu... Sama2 kita bergerak ke puncak.. Kentalkan jiwa & Jadilah Orang Hebat,


Jadilah Orang Hebat
Majoriti Orang2 Hebat  bukanlah lahir hasil dari penilaian & acuan Manusia (Kecuali Ulama' & Ilmuan)..
Namun.. Mereka2 ini lahir dari kegagalan2 hidup... Dan seterusnya membina cara & skill tersendiri,
Lihatlah pada Bill Gate & Billionair yang lain...

Selepas lari dari acuan manusia & ikut acuan sendirilah mereka2 ini menjadi orang2 hebat & Taikun2 Besar, Mereka bukanlah punyai Phd dalam bidang2 yang mereka kuasai.. Sebaliknya "Pakar2 ber-Phd" pula yang bekerja di bawah mereka.., Mereka2 semua ini kebanyakannya adalah Orang2 yang Gagal di dalam kehidupan Sekolah @ Kolej mereka.... Apa yang penting adalah,,,,,,,,,,,,,,, BANGKIT !!!


Akhirnya
Sudah sekian lamanya kita hidup untuk manusia..  Bekerja & Berusaha untuk manusia,
Akhirnya kehidupan kita juga yang terjudi... Kita tidak bebas lakukan apa yang kita mahu di dalam hidup,
Jadikanlah ini sebagai turning point untuk lari dari kongkongan manusia.. Jauh dari kehidupan yang entah apa2 itu.... Kembalilah kepada kehidupan yang sejati iaitu;

Hidup yang sekitar 60-70 tahun ini hanyalah sebagai Hamba Allah yang taat... Pekerjaan & Strategi2 kita hanyalah sebagai wasilah untuk lebih hampir kepada Allah, justeru kenapa perlu bersedih dengan harapan kecil.... Kerana harapan kita yang lebih besar adalah bertemu Allah  dengan bahagianya di dalam Syurga Firdaus nanti... Untuk hidup yang kekal selama2nya.. Apa sangatlah duri2 kecil ini kan? (^^,)....







Pakwan:
Cadang nak kisahkan perihal menuntut & mendalami ilmu agama... Selepas selesai berada dalam sistem Peperiksaan di Malaysia (SPM/STAM/DIPLOMA/Ijazah)... Namun nantilah ek I'Allah..  Wassalam