Ahad, 12 Ogos 2012

Malaysia-ku Berdakwah


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Syukur pada Allah..
Di congak2 dalam minda.. Baru setahun lebih sikit Pakwan tinggalkan Bumi Malaysia,
Namun.. perkembangan Islam cukup2 pantas bergerak.. & Sangat2 menakjubkan,
Topik inilah juga yg sering Pakwan borakkan bersama Sahabat2 &Adik Pakwan sendiri...
Hati Pakwan benar2 teruja.. &ada juga sedikit berhati2..


Dakwah Media..
Pakwan yakin I'Allah... Ramai yang telah perasan.. Penangan TV ALHIJRAH,
Ia... jika dulu kualitinya tidak lebih sekadar "asalkan ada"... Namun sekarang sudah lain,
Program  Ihya' Ramadhan Syeikh Nuruddin, bual bicara ASSALAMUALAIKUM.. & 30minit Ustaz Don,
Malah banyak lagi rancangan2 lain.. Termasuk yg melibatkan Selebriti.. Berjaya di-Remajakan..
Tanpa mengira latar belakang... Kita boleh sama2 nikmati program2 ini dgn Santai & Ceria...


Dakwah berseni..

"..Jika dakwah itu adalah lauk.. Maka lucu itu adalah garamnya, Jika kurang tak sedap.. Jika lebih pula bahaya", Ulas Ustaz Badlishah (lebih kurang)..


Saya tak sangka..
Rupanya ramai Ustaz2 kita yang kreatif & Ceria..
Contoh: Rancangan "Ustaz Nazri Bercerita" & 30Minit Ustaz Don.. memg tak jemu tonton
Pernah beberapa kali saya tergelak sndiri.. melihat telatah Ustaz Zamri & Anak2 muridnya..
Program belajar Jawi (tak pasti namanya) juga sangat menarik.. banyak Ilmu yang baru sekarang saya tahu..
Di tambah dengan Ilmu & Praktikal yang bergerak selari.. Kefahaman Penonton pasti lebih kemas I'Allah..



Dakwah masyarakat
Sebaik pulang bercuti kurang lebih 2minggu yang lalu.. Jika tiada komitmen lain..
Musolla Ar-Raudhah (Kg Pelindung, Berserah) pasti menjadi destinasi tarawikh-ku,
Bermula dengan YB Mahfuz Omar, Ustaz Nik Abduh, Ustz Syed Abdul Kadir & UNIC, Ustaz Abu Bakar Cik..
&Semalam Ustz Ashraf Imam Muda... Malam ini pula I'Allah Ustaz Fadil Alyamani (MajlahSOlusi) -jika tidak silap saya-  bakal bersama kami...



Dakwah kanak2
Sekarang ini saya tengah menonton Rancangan Animasi "Ummi".. Program yg di hoskan oleh Nora,
Wah.. sangat sarat dengan Dakwah.. Namun jalannya ceria & mudah di terima,
Dua minggu lepas Program "Remaja Raikan Ramadhan" anjuran Masjid Bukit Rangin sangat2 menyentuh hati..

Hampir dua saf penuh Solat Subuh dibanjiri Adik2 sekolah rendah.. Kulliah Subuh itu di selangi dengan Kuiz buat Adik2 ini.. Mendapat respon yg sangat baik dari Adik2 & Suasana Subuh itu juga agak ceria..


Dakwah Usahawan
2-3 hari lepas sempat bersama2 dengan seorang teman... jalan2 ke Selangor Darul Ihsan..
Malamnya kami tidur di Masjid Sri Petaling (Masjid Tabligh)... Sebelumnya kami ke uptown Seri Gombak,
Seronok melihat Usahawan Islam semakin ramai.. Baru seronok tengok.. Hati mula terdetik rasa bangga,
Kuantan juga tidak kurang hebatnya..
Kini Bazar2 & kedai2 di Bandar sudah mula diisi oleh ramai Muslim.. Baik Melayu mahupun Mamak..
Jauh berbeza berbanding 1-2 tahun lepas... Rata2 usahawan adalah Cina @Non-Muslim.. Syukur pada Allah,


Dakwah Selebriti
Di sebalik hubungan yg kembali baik antara Abby-Norman & Mimey..
Kemanisan lebih bermakna.. Bila ianya terjalin setelah "p'Hijrahan" Abby,
Dengar2 fenomena Hijrah ini ada rahsianya trsendiri.. Tahniah buat "Hidden Daei",
Mudah2an Dunia "Hollywood" kita akan diwarnai Kasih Sayang &Taqwa kpd Allah..



Dakwah Jalanan
Kini Penyokong Islam bukan sahaja berkapcai.. ZZR, CBR, Ninja &Vespa dah makruf berkonvoi,
Sambil dok layan selekoh.. Bendera Islam berkibar megah,
Kalau zaman dulu ada Saidina Umar.. Kita rasa gah & Musuh rasa gentar..

Kini dengan Otai2 baru.. Musuh rasa gentar & kita pula rasa gah,


Putaran Roda sentiasa berputar.. Kadang2 kendur kadang2 tegar..
Kini ia sudah mula nampak menegang.. Harap2 hati kita pula tidaklah mengendur,
Setiap Kebangkitan & Semangat perlukan panduan.. Takut nanti tersesat jalan..
Mulalah Penuntut Ilmu perlu berkorban.. Kerana itu suatu "Taklifan",






Pakwan: Sementara balik ni.. Pakwan dah tanam niat nak borak2 ngan Sahabat2 Al-Attas, Ihsan, DPiM & Geng2 Lengkor.. Tidak lupa Sahabat2 kecik Maahad (kecik la sangat..)