بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Salam Rohingya
Selain daripada Syria yang sedang berdentum dentam..
Rasa kasihan belas juga patut tercurah kpd etnik Rohingya,
Syukur NGO2 telah melantik Tun Abdullah sbgi chief..
Memg dr sudut track record.. Tun adalh pilihan yg terbaik,
Susuk peribadinya yg Lembut.. Tenang & Paling penting Sabar,
Mungkin inilah masanya Tun menunjukkan.. Kelebihannya adalah di sini (bidang diplomasi),
Puisi Sebuah Jemaah
Akhlak ibarat bunga.. fitrah Manusia tertarik padanya,Saya teringat ketika kecil2 dulu.. Mie sering memasang Puisi ini,
Yang biru, merah tidak kira.. Bunga penyeri Taman Seroja,
Ianya menjadi selingan diantara Lagu2 Nasyid sebuah kumpulan Kanak2..
Album: Indahnya Ciptaan Tuhan & temanya melawat ke Zoo.. Soutus Sofwa,
Anak kunci kepada Ilmu
Adab adalah anak kunci kepada Ilmu..
Imam Malik pernah berkata.. 70% Ilmu datangnya dari Adab,
Tidak hairanlah.. Apabila mahu menyelak kitab pun.. Imam Malik tidak benarkan ia berbunyi,
Seorang Raja.. Apabila berada di Majlis Ilmu, Baginda perlu duduk di bawah & hormatkan Majlis Ilmu..
Panjang lebar Nasihat ditutur oleh Tuan Guru Syeikh Nuruddin.. di dalam Majlis Tafaqquh Fiddinnya,
Lihat pula Adab kita
Seseorang yg saat ketika sedang bermain bola.. Apakah ia membawa hanfon-nya masuk ke padang?
Kemudian dia bermain sms & menelefon? Tidak.. Ia akan fokus kpd permainan & abaikan yg boleh mengganggu,
Nah.. itu permainan duniawi, bagaimana pula kita yang menghadiri Majlis Ilmu.. yang pada saat ini kita disaksi & dipayungi oleh para malaikat.. Di doakan oleh sekelian Makhluk Allah Azza wajalla.. Apakah Adab kita patut lebih teruk? Fokus kita patut lebih teruk? --Luahan demi luahan dicurah oleh Tuan Guru syeikh Nuruddin,
Berkat Ilmu dengan Adab
Pernahkah kita terfikir.. Kenapa Masyarakat Mesir tidak hormatkan Ulama'-nya
Lihat sahaja kepada fatwa demi fatwa yg keluar.. Langsung tidak dipeduli masyarakat,
Walhal yang mengeluarkan fatwa itu bukan calang2 ulama'.. Semuanya kerana Adab,
Bila Adab sudah tidak dijaga.. Maka Berkat ilmu juga akan pergi, --Definisi kata2 Syeikh Nuruddin,
Pengalaman Menerjah
Pernahkah kita terfikir.. Kenapakah sesuatu Ilmu payah dihafaz?
Jika mudah.. kenapa rasa ianya seolah2 satu beban?
Yang hanya bersama ketika menjawab periksa? ..kemudian tinggalkan kita begitu sahaja?
Yang walaupun semakin dipetik.. Namun tidak pula menambahkan Cinta & Taat kita pada Allah,
Telitilah pada ADAB.. I'Allah kita akan jumpa sebabnya,
Akhlak & Muamalah kita tersangatlah teruknya.. Hanya Ilmu pada nama tidak pada Akhlak,
Ibadah sunat nak istiqamah jauh sekali.. Yang wajib pun sekadar dapat cuit,
Pesanan Syeikh Rohimuddin AlBentani
Seorang yang tersangat letih.. boleh saja ia Qiam pada waktu malam,Anak Murid yang beradab
Namun jika sudah melakukan maksiat.. Ia sudah tidak akan mampu,
Memandangnya sahaja cukup membuatkan hati Guru tenang & gembira,
Segala kekurangannya sentiasa ingin ditegur Guru.. Agar ia menjadi manusia sempurna (uslub),
Kasih & Sayang Guru mula mencurah2.. Hati Guru sentiasa berdoa agar Ilmu murid itu berkat & diSayangi Allah,
Setiap Ilmu di dadanya mesti dicurahkan... Setiap panduan mesti ia sematkan,
Kerana ia tahu Murid itu Ikhlas... & Hatinya telah terpikat dengan Akhlak si murid itu,
Apabila Adab tidak dijaga
(bukan rasa sebenar Guru.. cuma untuk "MURID" nilai)
Sebaik terlihat kelibat Murid.. Perasaan tidak enak menyapa di hati Guru,
Telatah Murid ketika muamalah.. Membuatkan Guru rasa terhina & diperlekeh,
Hati guru semakin terguris tatkala mengajar.. "Biarlah mereka dgn diri mereka",
Apa yang Guru ajar sekadar lontaran fakta dr mulut.. Lantaran hatinya sudah tepu mendidik,
Mungkin malas baginya & taknak hatinya untuk berkata tidak redho dengan Ilmu yang di beri,
Namun sebagai pemerhati... Kita faham itulah yang terjadi, Keberkatan sudah menjauhi Murid itu..
Akhir kalam
Kadangkala tiada dalil @kita sendiri "tak jumpa" tentang Bab Berkat & Adab,
Namun cukuplah dengan kalam2 Ulama' kita yang mengingatkan...
Jika manusia boleh percaya di Bulan itu Gravitinya rendah.. Sel terkecil dipanggil Nukleolus,
Walhal bukan kita yang melihat sendiri semua itu.. tidak lebih hasil pengalaman & kajian Orang Lain,
Nah jika begitu, mengapa tidak kita percaya pada Adab & Berkat..
Yang telah dikaji & dijumpai kesannya oleh Ulama'2 kita & Penuntut2 Ilmu yang terdahulu & sekarang,
Hanya kerana tidak nampak secara Zohiri? Sejuk & Panas pun kita tak nampak kan...
Pakwan: Buku (Ta'lim Muta'allim 'ala Toriq Ta'allum) antara yang menjadi pilihan Habib Ahmad AlMaqdi(Al-Azhar) & Ustaz Fuad(MALTAF) ketika nak membicarakan soal Adab menuntut Ilmu... Mudah2an Allah memberikan Taufiq buat kita semua...ameen & wslm,