Jumaat, 24 Ogos 2012

Aku ingin Mengubah Dunia

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



" Ketika lepas bebas di alam remaja
Impianku tidak mengenal batasan
Aku bercita2  ingin mengubah dunia..
Bila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang,
kusedari rupanya dunia tidak akan berubah,

lalu kubataskan jangkauan..
memadailah jika aku dapat mengubah negara..
namun apa ku dapati.. Negara tidak juga pernah berubah,


Di usia senja,
pilihan terakhirku adalah untuk mengubah keluarga dan mereka yang terdekat,
malangnya mereka juga sudah tidak dapat ku ubah..


Kini di pembaringan menanti maut,
baru kusedari... mungkin buat kali yang pertama,

Andainya dulu yang pertama ku ubah diri sendiri..
dengan menunjukkan teladan yang baik,
pasti aku dapat mengubah keluargaku,Lantas dengan sokongan dan dorongan semangat mereka..
aku pasti mampu mengubah negara,
dan siapa tahu aku mungkin mampu mengubah dunia.."




Pakwan:
Kata2 ini telah saya naqol dari Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal (SaifulIslam.com) ketika Bulan Ramadhan yg lalu di Musollah ar-Roudhah, Kg Pelindung. Ustaz memetik sebuah kata2 yang dijumpai tertulis di Labin (Nesan) seorang Paderi.