Sabtu, 1 September 2012

TARBIAH KOMANDO Malaysia


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Paukan Tentera sedang berlatih "Tarian Harimau" sempena Hari Kemerdekaan



Borak2 Komando
"Sekarang ni Askar kita dah tak macam dulu, dulu kalau waktu sembahyang pakai balun jep,
Tapi ketua2 sekarang dah faham.. Tu pentingnya ustaz2 (KAGAT) ni dalam tentera, boleh jadi "penunjuk" arah." Cerita Kapten Zie kepada Saya & Abi,

"Owh masa training tentera.. diorang kena ikut skali lah ek?" Soal saya penuh minat,

"A'ah.. ada sekali lah, berlari 14-15km.. Bila time sembahyang kita berhenti tepi & solat, Ustaz2 ni jadi Imam.. Kita buatlah solat mcm tengah perang (Tak mandi/brkain pelekat).. Tapi ada juga Abg Tan (gelaran ayah saya) diorang datang jumpa.. kata:

"Tuan saya tak larat nak lari jauh2 ni", Kita pun faham Abg Tan.. ni bukan bidang diorang..
"Takpe... Ustaz boleh ikut ambulan"... Kita bagi diorang ikut ambulan(tak penat berlari),
Tapi kalau bab2 nak pertahankan diri... macam berlari/ berkawad pagi2 & menembak.. diorang kena juga sertai,

"Bukan apa ustaz... Untuk kebaikan ustaz juga.. Sekurang2 boleh pertahankan diri sendiri bila time perang nanti,"

Iya Abg Tan..
Kalau dan jumpa musuh nanti... bukannya diorang nak tanya2.. "Kamu ustaz/tak.. Kalau ustaz takpe"
dan kalau musuh tembak... habis semua dia tembak..

"Bawah Along ni ada berapa orang ek?" Aku menyoal lagi
"Along pegang satu kompeni.. Ada 150 orang anggota" Jawab Along


Training baca Al-Quran
"Macam Ramadhan baru2 ni.. Kita minta Ustaz2 ni check bacaan diorang ngaji.. Yang tak kenal huruf pun ada, Along ni kira oklah lagi... boleh juga kenal huruf2"
"Apalagi.. kita train dari awal, ustaz2 ni la yang mengajarnya,"
"Kita takleh nak biar jep Abg Tan.. Ni tanggungjawab kita sebagai ketua,"

Kapten ** atau lebih mesra kami panggilnya dengan Along menceritakan tarbiah2 yang sedang dibentuknya di kem, Walaupun kelakuannya kini nampak lebih ke'askaran'.. Mata sentiasa meliar bila berbual2 & nampak lebih nekad & berani,
Namun yang membuatkan saya bertambah kagum dengan Along adalah peribadinya yang menjaga Solat & Sangat menitik beratkan soal Ibadah... Kata2nya sekarang lebih sarat dengan dakwah namun 'versi' ketenteraan... he2 --- ada jugak ek?.....





Pakwan: Berumur awal 30'an... Kapten **  adalah salah seorang Tentera yang berjaya memasuki Pasukan Komando(hanya beberapa kerat yang berjaya.. Selain ada yang terbunuh ketika sesi pemilihan & menarik diri lantaran tidak larat), Pernah bertugas di bawah payung PBB sebagai Pasukan Keamanan.. Atau lebih terkenal sebagai MALBAT di Lubnan, Mudah2an Allah memberikan Taufiq & Keredhaan buat Perwira2 Tanah Air ini & kita juga...ameen, Salam Kemerdekaan..