Jumaat, 28 September 2012

Ku Simpan Album Kenangan




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
 
Tok Chu bersama anak2nya



Sunyi Malam
Bagiku.. Hari ini berlalu dengan sangat perlahan,
Seolah2 turut merasai kehilangan Tok Chu petang Khamis yang lalu,
Mungkin kerana terlalu banyak perkara yang terpaksa dilalui dalam satu waktu...
Pengurusan jenazah.. Kenduri Haji oleh Ayah Di & Ayah Sek..& Seterusnya kenduri Arwah keesokannya,
Maka rasa "kehilangan" itu lambat sekali muncul.... sehinggalah hari ini (setepatnya malam semalam)


Bacaan Tahlil bersama2
Takala diminta untuk memimpin tahlil semalam.. Aku lakukan seperti biasa,
Namun tanpa di duga.. Hatiku menjadi sebak bila tiba detik nak bertahlil.. kemudian semakin berlanjutan diketika membaca doa,
Ku gagahkan juga diri.. "Mudah2an Allah ampunkan Tok Chu.. Mudah2an doa kami maqbul di sisi-Nya"..
Baru kusedari.. suasana itu turut dirasai oleh Jemaah yang hadir.. Suasana menjadi sunyi,


Betapa berharapnya kami kepada Allah
Sebaik selesai membacakan doa.. Yong (Bapa Saudaraku) pantas menyusun kalimah,
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Imam (Surau) kerana sudi hadir.. Suaranya agak perlahan,
Air mula bergenang di kelopak matanya... Menceritakan detik2 pengebumian & Syukur pada Allah,
Kami hanya mampu senyum menyokong.. Sambil anggukkan kepala sebagai tanda kami "bersama2"


Senyum penutup sayu
Saat itu saya hanya merasa biasa sahaja.. Sehinggalah Abg De datang kepadaku;
"Sedih juga tadi, iyelah.. Mungkin sebab ini malam terakhir bertahlil, memang kita boleh berdoa lepas ni kan..
Tapi mengenangkan banyak kenangan dengan dia (Tok Chu), Mungkin boleh buat hari ke tujuh nanti..
Tapi belum tentu kita dapat berhimpun macam gini lagi"....... Luahan hati Abg De


Suasana Meriah
Teringat aku saat2 indah dahulu.. Tok Chu adalah sebahagian dari Memori itu,
Tok Chu sentiasa mengadu yang umurnya semakin tua.. sudah 90thun, Tapi kami nafikan..
"'ah.. tua apanya tuk, masih muda lagi tu.. baru 19 tahun".. Tok Chu marah.. kami ketawa, he2..


Kata ibuku
Tok Chu dulu masa muda pendiam..
Tapi bila semakin berumur, dia dah jadi banyak celoteh,
"Okey.. kita boleh tutup radio semua ek"
Usik Abg Yi ketika di dalam kereta bila Tok Chu ada sekali...
Semua faham... Kalau pasang radio pun.. Ia tetap akan tenggelam dek Celoteh Tok Chu..he2


Tok nak kemana tu
-"Assalam Tok.. Tok nak kemana bawa beg besar2 tu?" Tanya seorang jiran,
-"Tok nak ke rumah Zauyah (anak dia)" Jawab Tok Chu,
-"la.. inilah rumah Zauyah" Jawab Jiran yang mengenali Bonda Yah,
-"Oh.. Ye ke?"


Tok kenal saya?
-"Assalam Tok.. Tok kenal ke saya ni?" Soal kami,
-"Kenal" Jawab Tok Chu,
-"Kalau kenal sape?" Uji kami
-"Saje malas bagi tahu" Kilas Tok Chu pantas..
He2.. kami tahu Tok Chu dah terlupa I'Allah,
Penyakitnya itu semakin menjadi2 sejak 4-5 tahun lepas..
Namun.. itulah yang membuatkan kami anak beranak Gembira & Ceria dengan telatah Tok Chu..


Ada2 jer Tok Chu ni
Makin diusik.. Ada2 jer telatah lucu dari Tok Chu,
Kadangkala Tok Chu mengulang2 Pantun yang dia pelajari dengan Ustaz Latif ;
Hari ini Hari Jumaat.. esok hari Hari Sabtu,
Malam ini turun Rahmat.. Untuk berjumpa Tuhan Yang Satu (lebih kurang)


Kini ianya sudah Tersimpan
Kini Kenangan2 itu telah meninggalkan sebuah Album yang indah buat kami,
Kebiasaannya pada waktu2 begini.. Mie, Bonda Yah & Yong akan gilir2 jaga Tok Chu,
Kadangkala mereka akan berkumpul & masak.. Kemudian makan sama2 di Rumah Bonda Yah,
Namun hari ini tidak lagi berlaku.. Yang ada Hanya kedengaran sayup2 suara Mie Membaca Al-Quran di biliknya..

Mentol di bilik Mie menyala walau telah masuk awal pagi..
mungkin menanda Mie masih terkesan lagi dengan peristiwa itu I'Allah.. Mudah2an semuanya kembali baik,


Mudah2an Allah menjaga Tok Chu di sana
"Ya Allah.. Segala puji bagi-Mu, Selawat & Salam buat Rasulullah.saw kekasih-Mu yang dicinta & dirindui,
:: Ya Allah.. Ampunilah Segala dosa kami, kedua ibu bapa kami, adik beradik kami, saudara mara kami, sahabat2 kami, Ulama'2 kami, Guru2 kami & Seluruh Muslimeen Muslimat keseluruhannya....
:: Ya Allah.. Ampunilah seluruh dosa Tok Chu & Redoilah akan seluruh kehidupannya ketika di dunia dahulu, Selamatkanlah ia dari segala ujian Barzakh& Akhirat nanti, begitu juga kami memohon buat diri kami...Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Detik2 sebelum berpisah
Ketika itu yang ada di sisi Tok Chu hanyalah tiga orang iaitu Mie, Abg De &..(terlupa siapa),
Saat itu Mie sempat mengajar Tok Chu mengucap "Allah".. Lantas dapat diikut oleh Tok Chu,
Sesuatu yang ajaib.. Sebab Tok Chu sudah hampir 3bulan terlantar.. tidak boleh berjalan @ bercakap,
Ketika saat hampir berpisah total antara Roh & Jasad.. Tok Chu sempat meleret matanya ke kanan,

Mie berkata.. itu antara tanda yang baik, lantaran Allah telah menampakkan Syurga buat Tok Chu dari sebelah kanan,
Wallahua'lam sumbernya dari mana.. Tapi saya juga pernah terdengar akan hal itu (nak kena cari semula..),
mudah2an itu benar tanda yang baik.. & dapat memberi pengajran yang baik buat kami & kita semua..ameen






Pakwan: Antara amalan yang sangat2 disukai oleh Tok Chu hatta ketika terlantar sekalipun adalah Solat.. Tok Chu adalah seorang yang sentiasa menunggu2 waktu Solat, Yang keduanya... Tok Chu sangat suka  Membaca @ Mendengar Anak2 & Cucunya membaca Surah Yasin di telinganya, Yang terakhir... Tok Chu sangat2 menghormati & mengingat2 akan Guru & Ustaz2nya... Walaupun telah hampir 10 tahun meninggal dunia.. Bibir Tok Chu masih sentiasa menyebut2 nama & Ilmu2 yang dia belajar dari Ustaz Latif & guru2nya yang lain....Mudah2an Allah meredoi & mengampunkan mereka semua & kita juga... Ameen