Rabu, 12 September 2012

Profesional dan Negara Islam


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله





Unggas2 Malam
Kebiasaannya pabila mata tidak mahu tidur.. Aku akan ke balkoni,
Kebetulan Bakoni itu betul2 menghadap jalan raya.. memerhati Nyalakkan anjing,
Namun itu di Kaherah... Kota yang penuh rencam & bermacam ragam manusia,
Ujian & Tekanan itu biasa.. Sabarlah senjatanya, Kota 1000 Ujian & Pengalaman..

Namun biarlah Kota Sejuta Memori itu...
Yang penting peluang & tempat yg kita hadapi sekarang..
Mungkin inilah yang pertama & terakhir untuknya,
Kata guru(Org Arab) kepada Sahabatku:
"Orang2 Mesir ini suka mencipta Sejarah,
Setiap hari pasti ada satu sejarah baru yang akan mereka cipta...


Jenayah meruncing
Semalam Tabung di Masjid Sungai Isap Damai dikerat mangganya..
Motor ex5 ku juga telah dicuri di Kompleks Teruntum... Moto Lagenda pula dicuri di halaman rumah,
Ibu Saudaraku sekeluarga telah diikat oleh Perompak di rumahnya.. Walhal suaminya Seorang Polis bersara,
Paling Sadis.. Seliparku turut dirembat selepas Solat Jumaat, alahai... itupun masuk.... MESTI !!(^^,)


Andaikata Islam Menang
Kata Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Kulliahnya(lebih kurang):
"Pada hari ini hukanlah menjadi persoalan sama ada kita menang @kalah di dalam pilihan raya. Kerana Kemenangan Islam itu adalah pasti. Namun persoalan yang lebih besar adalah: "Apakah yang akan kita lakukan terhadap Pusat perjudian Genting Highland yang merupakan antara Penyumbang terbesar ekonomi di Negeri Pahang jika kita menang nanti ??"" Termenung bukan?


Contohi Khalifah
Terpesona mendengar Mutiara Kalam yg dilontar oleh Ustz Nasharuddin Tantawi..
Dihadapan lebih kurang 444 Profesional Muda..(lebih kurang),:
"Kami DPPM sentiasa berlapang dengan sebarang Kritikan yang membina.. dengan hati yang gembira"
"Kami akan beramal dengan apa yang pernah diungkap oleh Saidina Umar.ra:
--"Aku telah dilantik menjadi pemimpin kepada kamu semua.. Sedangkan aku bukanlah yang terbaik dari kalangan kamu, Jika sekiranya kamu lihat aku betul.. maka bantulah aku, Jika sekiranya kamu lihat aku menyeleweng & salah maka perbetulkanlah aku"
--"Kemudian seorang Sahabat.ra bangun & berkata: Wahai Umar.. Jika kami dapati berlaku sungguh penyelewengan sewaktu kamu memimpin.. Nescaya kami akan betulkan dengan mata pedang kami,"
--"Kata Umar.ra: Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan ada di kalangan Umat Muhammad.saw ini orang yang sanggup menegur aku dengan mata pedang...."


Bijak Merangka
"Jadi saya harap... saya khasnya & rakan2 pimpinan beramal dengan etika ini sebagai pemimpin,
kalaupun ditegur, diberi cadangan, dikritik oleh semua pihak... Kita ambil kaedah berlapang dada,
kita dengar dulu perkataan mereka."

"Kita dengar apa orang nak kata & kita akan ambil..
& Kita akan bicang apa yang terbaik daripada segala yang telah diucapkan kepada kita"


Akal & Anggota
"Hari ini bila kita bersama dengan Profesional, orang timbulkan mana Rafizi di dalam pemuda?"
"Golongan Artis juga selalu bertanya kepada kita, di dalam pemuda.. di manakah M.Nasir?"
"Golongan Mat Motor tanya.. dimanakah Pelumba di dalam Pemuda?"
Saya kata, Kita Sebagai Pemuda PAS tak mampu untuk menjadi orang lain, Kita jadilah diri kita sendiri..
Kita ambil iktibar & kelebihan2 yang ada pada orang lain untuk meningkatkan diri sendiri,


Strategi Mengisi Kemenangan
Tadi ada wartawan tanya:
"Apakah keyakinan saudara tentang sokongan profesional muda kepada PAS & Apakah PAS yakin boleh mengambil alih kerajaan selepas ini dalam pilihan raya umum akan datang? untuk mengisi kemenangan.."

Saya hanya cakap ringkas:
"Saudara saksikanlah himpunan kita pada hari ini.. dengan hadirnya golongan profesional ini, merekalah yang akan mengisi kemenangan.. bukan  bermakna kami yang berada diatas ini, mungkin yang berada di bawah ini jauh lebih berkelayakan & jauh lebih berkualiti daripada apa yang ada di atas, sementara yang berada di atas hanya memegang suatu amanah(untuk memimpin PAS)


Akhirnya
Kalam2 yang saya lakar di atas bukan menunjukkan sokongan saya terhadap PAS,
Ianya tidak lebih dari Keterujaan saya melihat "kehebatan" Islam & Ummat2nya..
Saya faham ada sahabat2 yg tidak minat berpolitik & benci gaduh-bergaduh sesama kita,
Namun.. Tidak salah jika kita gembira dgn Kebangkitan Nilai Islam di sekeliling kita(^^,)..

Seterusnya menikmati Pakej Hidup yang dipandu arah oleh Syariat Allah..
Tuhan yang kita Sayang bukan(^^,)

p/s: Kena kukuhkan binaan jaringan antara  ULAMA--PROFESIONAL--AKTIVIS





Pakwan: الحمدلله  Akhirnya setel jg pasal tajuk PROFESIONAL,
I'Allah esok bakal ke Rumah Mat Top & bermalam disana, Lusa ke kenduri Amir (Selamat Pengantin baru Amir & Munirah(^^,)).. & I'Allah akan terus ke Kuala Lumpur untuk ke Ekspo keusahawanan. Hari Ahad akan teman seorang kawan berbincang tentang Projek Gulanya dengan Seorang Pensyarah UiTM & kemudiannya naik Cameroon Highland sebelum balik Kuantan I'Allah... Dalam proses nak menulis pasal Usahawan lak, Untuk BKMiP... Cukuplah dengan review tahun lepas punya dulu ek..(^^,) wslm