Selasa, 21 Ogos 2012

Kita belum bersedia kan?(^^,)..

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله





Khusyu' mendengar
Sedang khusyu' mendengar ceramah Dr.Azizan & Afdlin Shouki lewat melalui komputer...
Tiba2 suara Adikku mengejutkan suasana... Ibuku mengajak ke Rumah Bonda Yah (Mak Saudara),
Katanya Tok Chu (Nenekku yg berusia dlm awal 90an) sedang sakit... Minta dibacakan Surah YaSiiin,
Fikiran aku dah mengisyaratkan ..."bersedia sebarang kemungkinan",


Selepas bergegas mandi...
Saya capai sebuah Kitab "Pengurusan Jenazah" & mentelaahnya hampir 5 minit,
Kemudian bergegas ke Rumah Bonda Yah.. Alhamdulillah Tok Chu stabil,
Dia menolak untuk makan & minta di bacakan padanya Surah Yasiiin... Tok Chu suka,
he2.. Selamat tak bawa sekali kitab tu, jika tidak.. mungkin ramai yg terasa..



Sebentar tadi...
ketika mahu melelapkan mata.. Saya membelek2 kembali Kitab tersebut,
Saya belek satu persatu.. & mata tertumpu pada Gambar Rajah di dalam Kubur,
Terfikir sendirian.. Adakah bila Ibu Bapa @ Keluarga @Saudara kita ingin "pergi" nanti.. Kita mampu uruskan?
Kemudian saya belek lagi.. Hati tertarik dengan Bait2 bacaan Talqin.. Perjalanan2 di Alam barzakh,



Allah.. mampukah kita beroleh bahagia di sana?
Walhal kita bukanlah Ahli berjaga malam.. Sentiasa masbuq ketika nak berjemaah,
AlQuran sentiasa kita pinggirkan.. Hati Ibu Bapa sering kita guris,
Mulut sentiasa dibasahi Umpat & Fitnah.. Hati sentiasa tidak khusyu' ketika solat,
Allah.. berbahgiakah kita di sana, Siapakah kita "disisi" Allah?



Teringat bukan
Mujahadah Peribadi Rasulullah.saw & Sahabat.ra..
Mereka berlumba2 & sanggup derita kerana Ibadah..
Kerana Cinta, Kasih & Sayang kepada Allah..
Allah.. Jauh Panggang dari Api..


Kita Ibarat Tin Kosong..Yang Sentiasa berharap ia penuh,
Namun hakikatnya.... hanya Allah yg tahu,
Mudah2an harapan itu juga dikira sebagai bekal yg berat di sisi Allah... ameen,



Ku hayati lagi lafaz talqin tersebut..
Ku temui kalimah harapan:

"Kalau datang kepadamu dua malaikat dan kpd kawan2mu yg sama dgn kamu dari Umat Nabi Muhammd.saw maka janganlah engkau terkejut dan takut kerana keduanya adalah Makhluk Allah serupa kamu juga..."


Teringat ketika mendengar keterangan guru2 kita dahulu,
(Lebih kurang bunyinya):

"Imam Nawawi ketika menyusun Kitab Riyadus Soleehin dulu sangat teliti & bagus,
Selepas mendatangkan Amaran2 Rasulullah berkenaan "Dosa & Balasan" dalam sebuah bab..
Kemudian pada bab berikutnya mendatangkan bab "Harap & Maha Pengampunnya Allah" dalam bab selepasnya,
Hikmahnya... Kita akan rasa stabil & seimbang,
Kerana Taqwa itu terbang dengan dua sayap.. Sayap Takut & Harap.."


Allah..
Kitab Ini berjaya membuatkan Saya kembali mengadap keyboard untuk berkarya,
Mudah2an kita tak pernah berhenti harap.. harap & terus mengharap kepada Allah...
Mudah2an Allah redho, Sayang & Perkenankan harapan kita.. wslm








Pakwan:  Sedang belajar borak dengan Saudara mara.. rasanya tak sepayah mana kan(^^,)... i'Allah