بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Sembang Rakyat
Hampir tiga jam berborak dengan Seorang teman.. kini sudah jam 3pg,
Berkisar topik Seni Pergaulan & Teknik "marketting" produk..
Gerai berhadapan Terminal Makmur menjadi lokasi kami.. Sebelum beralih ke depan rumahku,
Saya seronok begini.. Pelbagai kawan dengan kepelbagaian minat yang berbeza,
Pasar Tani Hari Ahad
Ahad yang lepas kami sama2 membuka sebuah gerai di Pasar Tani Stadium..
(maaf..sebetulnya saya hanya menolong),
Perbualan kami tadi mula2nya juga menjurus ke arah itu.. Mengkaji kaedah terbaik,
Cara kami pasarkan.. Cara menarik pelanggan & strategi yang patut kami tambah,
Setelah jauh menjelajah.. Kami beralih pula kepada topik "Seni Pergaulan" @(muamalah),
Marketting
Salah satu elemen utama keuntungan.. Pastinya marketting i'Allah,
Kerana marketting.. Suatu produk itu akan diingati & menjadi kepala kepada produk2 yg lain,
Sebagai Contoh.. Bila mengingat akan ubat gigi.. Pastinya Colgate yg akan disebut bukan?
Berniaga secara biasa mngkin mendatangkan hasil biasa2... Namun dengan marketting;
Seorang Pakcik didatangi oleh peniaga.. Dipujuk untuk membelinya & jika berjaya.. ia telah untung RM2,
Namun berbeza dengan Seorang Peniaga yang telah mengiklankan produknya di depan 1000 manusia, produknya mungkin telah memenuhi kehendak pelanggan yang memang benar2 berhajat padanya dalam 5org.. Ditambah yang mula tertarik dengannya disebabkan iklan tersebut berjumlah 10org.. kini dia sudah untung 15org pembeli dengan jumlah untung RM30.. Bagaimana kalau lebih dari itu? Marketting yang berkesan sangat2 memberi nilai tambah buat Sesuatu Bisnes @ Produk yang besar2.. begitulah cara kita mula mengenali susuk tubuh Sunsilk, Colgate, Duth lady & Cadburry... berkesan bukan..
Soichiro Honda
Soichiro Honda adalah pengasas kepada Syarikat Honda yang ada sekarang,
Selepas membuat terlampau banyak Motosikal.. tiba2 Soichiro dapati hasil jualan mereka tidak memberangsangkan..
disebabkan ramai pembeli tidak menjelaskan hutang, Soichiro perlu lakukan sesuatu !!
"Susah juga untuk menjual ya? Boleh bangkrap dibuatnya..
Saya harus mencari orang yang pandai berniaga,"
Berjumpa Takeo Fujisawa
Takeo Fujisawa adalah bekas Peniaga Pakaian,
Beliau adalah seorang Pemikir & Pakar Pemasaran,
Apabila Syarikat HONDA berpindah ke Tokyo pada tahun 1950..
Takeo Fujisawa dilantik sebagai Pengarah Kewangannya,
"Syarikat yang dikelolakan oleh seseorang yang tidak berilmu, tidak akan tumbuh!
Insan berbakat harus dicari walaupun jauh & tinggi biayanya !!"
Marketting Politik
Sebagaimana Dunia Perniagaan.. Dunia politik juga sangat memerlukan Marketting,
Tanpanya.. Sesuatu parti itu akan kelihatan kurang menarik & kurang yang berminat.. Walaupun isinya cantik,
Kerana itu selain daripada Ketua.. Aktivis2 yang berbakat juga perlu dicari & diperhati,
Kerana dengannya I'Allah.. Imej, Populariti & keyakinan Orang akan berganda2 datang kepada parti,
Akhirnya
Setiap manusia punyai minat & kecenderungan yang berbeza2..
Namun dengan bertemu di titik persamaan.. Kita akan saling harga menghargai,
Pakwan: Setiap perkara punyai Ilmunya, Mudah2an Allah menunjukkan yang terbaik buat kita semua....ameen