Isnin, 22 Oktober 2012

Pimpin Negara dari Cahaya Ibadah


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Mendidik Anak Buah
Pernah saya berbual2 & bertanya pada seorang guru,
Bagaimanakah cara nak pulihkan semula Akhlak Adik2 yang semakin membarah..
Dia berikan saya kata2 ringkas..& Sampai sekarang Saya kenang;

Jaga Solat mereka.. I'Allah yang lain akan selesai


Jalan2 Cuti Malaysia
Baru2 ini saya ke Rompin,
Takdir Allah.. Hasrat kami untuk berkhemah sampai ke pagi terbantut dek hujan,
Jadi kami tidur di Masjid.. Bila Azan Subuh berkumandang.. Kami ke Masjid lain untuk solat,
Sebab ada teman yang agak segan dengan Jemaah yang ia kenal...


Jumlah Solat Berjemaah
Mungkin juga kerana hujan.. Mungkin juga sebab sedikit penduduk,
Jumlah kehadiran Jemaah sangat2 menyedihkan.. (Maaf berterus terang),
Jauh berbeza dengan Masjid2 di Kuantan.. Walaupun mungkinlah Kuantan Ramai penduduk,
Ada Surau pedalaman yang kami pergi.. Antara Maghrib & Isyaknya langsung tiada Jemaah !

Maka Terjawablah
Ada seorang kenalan yang berasa pelik.. Kanapa Parti Islam tidak menang di Rompin,
Kenapa kemenangan seolah2 tertangguh.. Walhal Parti Islam kuat di sana,
Memang yang bagusnya begitu.. Panji Islam tidak patut diberi sesuka hati,
Jika Badan berat untuk Berjemaah Solat.. Bagaimana pula ia mampu memikul Amanah lebih berat?



Ingatan Dr.Yusuf Al Qaradhawi:
أقيموا دولة في قلوبكم ستكن في أرضكم

"Dirikanlah Daulah pada hati kamu.. Maka ia akan terbina di negara kamu"


Mendidik Kanak2 & Masyarakat
Saya suka ambil contoh Masjid Bukit Rangin,
Yang bagi saya berjaya mendidik Anak2 Qaryah rajin ke Masjid..
Jumlah kanak2nya sahaja sudah hampir satu saff.. & 99% Solat (adalah 1-2 yang berlari2),

Pendekatan Orang Masjid sangat penting.. Pakcik2 perlu "Mesra Budak, Remaja & Belia"
Bila yang muda telah terbiasa ke Masjid.. Lama2 Hati pasti akan bertaut & akhirnya lahirlah Jemaah yang Istiqamah... I'Allah


Kegemilangan Islam
Ahli Parlimen Kuantan namanya Fauziah Saleh..Bekas Pimpinan Jemaah Islam Malaysia (JIM),
Kedah & Kelantan adalah Bumi Ilmu Akhirat.. Pondok melata2 & Program2 agama hidup,
KL & Selangor adalah Bumi Tumpuan Ilmuan2 lepasan Yaman & Mesir.. Kelas Pengajian & Dakwah bagai cendawan Tumbuh,
Begitulah caranya..  Teringat kata2 Seorang Teman (Lebih kurang)yang memetik kata2 temannya juga (Seorang Tabligh);

"Min.. Aku rasa hatiku sangat tak tenang apa sebabnya ek,"
"Zul.. Bila kita sering lakukan dosa.. hati akan jadi gelap, itulah sebabnya hati kita tidak tenang,"

"Jadi bagaimana aku nak buang gelap tu?"
"Tidak perlu.. Bahkan kita takkan mampu untuk buang,
Analognya begini.. Bila kita berada di dalam sebuah bilik yang Sangat2 Gelap.. Adakah mampu kita buang Gelap itu?"

Tidak bukan?.. Caranya kita nyalakan sebatang lilin.. Ia akan menerangi satu bahagian..
Kemudian nyalakan lagi.. Dan lagi, Akhir2nya nanti I'Allah... Seluruh bilek pasti akan terang, tanpa perlu kita 'buang' pun gelap itu.."

Nah itulah caranya.. Hampirkanlah diri kepada Allah (beribadah) biarpun sedikit.. Kemudian tambah lagi... Dan lagi,
I'Allah lama2 ia akan menutup seluruh kegelapan itu.. Akhirnya menyinarkan KETENANGAN buat Hati kita"





Pakwan:
Sayang pada Orang Masjid.. Kasihi yang nak berjinak2 dengan Masjid.. Doa dengan yang "bakal" ke masjid,