Khamis, 18 April 2013

Keluarga Politik


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Berborak dengan Mie
Sebelum Subuh tadi sempat telefon Malaysia,
Berborak panjang dengan Mie.. Pasal PRU13,
Seperti biasa.. Kali ini ada juga ahli keluarga yang terlibat,
1-2 kisah kenangan PRU.. Benar2 membuat kami kelucuan,


Rutin keluarga
Memang beginilah Kami sekeluarga,
Setiap kali pilihan raya.. Pasti Sekeluarga akan sibuk,
Jika orang lain sibuk menampal poster & berkonvoi,
Kami pula biasanya di sisi calon.. Memberikan sokongan Moral,


Kata Mie;
Memang kalau jadi calon ni..
Bagusnya yang membantu adalah Ahli Keluarga..
Sebab lebih mudah dipercayai..

Mie bercerita lagi;
Dulu masa Yong jadi Ahli Yang Berhormat,
Boh Med jadi pemandunya... Wuih letih.. Setiap jalan nak berhenti,
Tapi Boh Med ni lucu juga.. Bila nampak orang dah lain macam.. Dia Stat enjin kereta,
Bergegas Yong ke kereta..he2


Teringat kenangan lalu
Kami biasanya akan ikut saudara mara yang bertanding,
Ceramah2 di Pondok Panas pasti kami hadir.. Biasanya malam,
1999, 2004 & 2008.. Hanya tahun 1999 saya sempat ke Dataran Pekan,
Tahun2 seterusnya.. Sekadar menunggu khabar dari Asrama,


Politik Saudara-mara
Biasanya bagi Keluarga Calon yang bertanding.. mereka akan dapat rasai,
Kekuatan keluarga amat penting.. Merekalah tempat kita berkubu,
Kerana itu bagi Ahli2 Politik yang "berpengaruh"..
Hati & Kebajikan Saudara Mara "pasti" kena jaga..


Pergaulan Keluarga kami
Bagi saya.. Keluarga kami sangat2 akrab,
Disamping faktor Yong yang pandai main peranan,
Kebajikan setiap keluarga akan diambil berat..
Kenduri & Majlis2 Ilmu sering kami adakan bersama,



Mie bercerita;
Tok Chu tu nampak je begitu..
Tapi masa muda dia tegas,

Tok Chu kata;
"Anak2 aku nanti.. aku nak mereka jadi tuan2 orang",

masin mulut Tok Chu..


Kebajikan Penduduk
Salah satu Sifat Yong yang patut YB kita contohi..
Dari sudut menjaga kebajikan "Penduduk",
Pantang didengarnya ada Saudara mara meninggal..
Walaupun jauh & Sibuk.. I'Allah pasti Yong akan hadir,



Kelakar dengar Mie cerita;
Dulu ada orang kampung bising.. payah nak jumpa Yong minta sain,

Boh Med ni pulak jenis kelakar.. Dia kata;
Owk nampak je kereta kawe lalu (Boh Med bawa).. Owk lambai bendera,
I'Allah nanti kawe berentilah ke tepi

Sain borang boleh buat kat bontot kereta jep


Sudah budaya Keluarga kami
Sudah budaya keluarga kami untuk berlucu,
Jika setiap kali berkumpul.. Tak sah kalau tak bergegar rumah,
Ada pula Ayah Not & Boh Med.. Memang tak tahan perut,
Hidup Orang Politik ni memang2 unik.. Muamalahnya berseni,


Mie bercerita
Masa mesyuarat agung Peserta FELCRA di Seri Makmur dulu..
Ayah Di rajin juga bersuara..

Ayah Med lagi tak tahan,
Baru bangun jep.. Semua orang dah gelak,


Keluarga Nasionalis
Mungkinlah dari sudut ini kami kurang sedikit,
Namun saya perhati.. Dari sehari ke sehari..
Ia beransur2 semakin berubah ke arah kebaikan..
I'Allah.. Berkat Ibu Bapa menghantar Anak2 ke Institusi Agama,


Resapan Agama
Kini Abang Ja kerap menjemput Tuan2 Guru & Kiyai..
Sambil menjamu BBQ.. Kami dihidang juga dengan Santapan Rohani,
Majlis kami juga sering dibuat di Masjid Jami' Tuk Wan Belimbing,
Sambil Keluarga berhimpun.. Solat dapat dilaksana berjamaah,


Abi pernah bercerita;
Dulu masa Mesyuarat Cawangan.. Orang bergaduh,
Tengah Orang bergaduh2.. Boh Med bangun & Azan,

Boh Med kata.. "Kalau azan kena diam"...he2



Sentiasa berdoa
Hampir setiap kali ini jugalah..
Saya sentiasa berharap & bermohon pada Allah..
Mudah2an Allah mengampunkan segala dosa & kesilapan kami,
Juga Allah memberikan kami Jalan Terbaik & Syurga Firdaus-Nya..


Sebelum bersurai
Suka saya nak jelaskan.. Khususnya perihal Muamalah,
Terus & Sentiasalah bersama para Ulama' yang dijadikan Rujukan,
Kerana itulah satu2nya Jalan Selamat di Zaman Fitnah ini..
Jika berlaku pertembungan.. Mereka telah berijtihad & mendapat Pahala,


Sayang Semua Makhluk Allah..
I'Allah.. Allah akan Sayang & Menjaga kita..
Namun yang pasti I'Allah.. Undi Anda tetaplah Rahsia..
..Berdoa & Solat Istikharah sebelum mengundi ya..(^^,)




Pakwan:
Ketika berbual dengan Mie tadi..
Mie ada kata nak tolak Tuk Chu naik kerusi roda ke tempat mengundi di Belimbing..
Bersama dengan Bonda Yah.. Tapi saya cepat2 alih tajuk..

Kerana saya faham..
Tuk Chu telah pun pergi tinggalkan kami lebih kurang 10-bulan yang lalu..