بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Kisah Solomon Island..
Suatu ketika.. Tersebarlah Kisah..
Sekumpulan Peneroka telah berjaya membuka Kepulauan Solomon,
Namun Cara mereka agak "luar" dari Kebiasaan,
Mereka akan kumpul beramai2 di keliling pokok tersebut..
Kemudian mereka akan sama2 Kutuk, Caci, Hina & Perlekehkan Pokok itu,
Selang satu ke dua hari kemudian,
Pokok itu semakin Layu & Kelihatan hampir Mati..
Tanpa perlu sedikitpun bantuan Gergaji, Parang & Racun..
Cukup.. hanya dengan Kata2 "Beracun"..
.. yang keluar dari Mulut Mereka..
Hargai Teman2
Begitu jugalah dengan Teman2 kita,
Ada antara mereka yang kurang dari satu dua sudut,
Di sebabkan kelemahan itu.. Kita Hina & Rendah2kan mereka,
Akhirnya.. Mereka pergi membawa Hati yang Remuk,
Mereka bersedih bukanlah kerana "Kekurangan" Mereka,
Tetapi kerana "Mulut" kita.. & Kerana Sikap kita..
Insan ini dilahirkan pelbagai
Ada Ulama' yang melazimi Syeikhnya selama 20 tahun,
Ada yang berguru 6 tahun sahaja..
Ada yang Alim ketika berumur 5 tahun,
Ada juga yang mula Alim ketika berumur 90 tahun.. Umur 120 tahun sudah Wafat..
Kelebihan & Kecenderungan kita berbeza
Ada Insan yang Hebat Pengurusan,
Ada Insan yang Petah Berbicara,
Ada Insan yang Dalam Pemerhatiannya,
Ada Insan yang Kuat Ingatannya..
Kita pasti terseksa & Tak mampu untuk jadi Insan lain,
Justeru memetik kata2 Syeikh Yusri.ha;
Tetaplah di tempat.. Dimana Allah telah tempatkan kamu berada,
Dan.. Pastikan kamu menguasainya !!
Pakwan:
Kita dilahirkan bukan untuk bermusuh & berhasad..
Malah kita di diajar oleh Nabi.SAW untuk Saling Sayang & Menghargai..