Jumaat, 3 Mei 2013

Warkah buat Adik Adiputra


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله





Adikku Sayang..
Setiap apa yang Allah beri.. I'Allah pasti ada sebab,
Bertuahlah.. bagi "Insan" yang Allah pimpin menjadi Soleh & Solehah..
Di sebalik limpahan Nikmat dari Allah.. Mereka tidak pernah lupakan Allah, 


Adikku Adiputra..
Iblis & Nafsu sentiasa mahu kita ikut mereka,
Itu tabiat mereka.. Mereka akan terus berusaha menggoda kita,
Setiap kali kita nak beribadah.. Mereka akan halang kita,

Allah-lah sebaik2 Penjaga diri kita.. Tiada yang lebih baik Dari-Nya
Jadi.. Kita perlu kuat.. Perlu sentiasa rapat dengan Allah,
Perlu Sentiasa berdoa;

"Ya Allah.. Bantulah aku dalam berzikir kepada-Mu, Bersyukur pada-Mu & Memperelokkan Ibadahku pada-Mu",

Doa adalah Pedang Orang Mukmin..
Doa di atas ini diajarkan oleh Rasulullah.saw kepada Sahabat Nabi.saw..
Kerana Nabi.saw sangat sayangkan Sahabat baginda itu.. Namanya Saidina Muaz.ra


Adikku..
Bila diberi Kelebihan oleh Allah.. Kita perlu Rendah diri,
Allah tak suka kita Sombong.. Allah nak kita Hormat Semua Orang,
Allah nak kita Sayang Allah.. Ajak Orang Solat Berjemaah,
Ajar Orang supaya Hormat Mak Ayah.. Hati kena sentiasa ingat pada Allah,


Adik Sayang..
Abang ada dengar.. Adik selalu dapat Ilham,
Sebenarnya.. Orang2 Soleh juga kerap mendapat Ilham (Idea),
Namun mereka akan fikir dahulu.. Adakah ia berlawan dengan Perintah Allah,
Sebab Ilham itu boleh jadi datang Dari ALLAH.. Boleh jadi juga dari Iblis,


Adik Adiputra..
Abang tidak pernah berjumpa Adik..
Abang hanya kenal adik melalui Internet, TV & Surat Khabar,
Namun.. Abang sangat kagum dengan kebolehan & Cita2 Adik.. Kerana,
Ianya sangat mirip kepada "Cara Fikir" Wali2 Allah, Ulama'2 & Pejuang2 Islam terdahulu,


Adikku..
Hidup kita tidak lama,
Bila sampai Umur 60-70 tahun.. matilah kita I'Allah,
Kerana itu kita kena pilih "Jalan Hidup" yang hampir & dibimbing Allah..
Minta Sungguh2 dengan Allah.. Agar kita dibimbing Allah;

Ya Allah.. Aku nak bersama Engkau,
Bawalah Aku hampir kepada Engkau..
Tunjukkanlah Aku Jalan Yang Terbaik..ameen,


Adiputra
Sekarang kita berada di Zaman Fitnah,
Nabi.saw dah tiada.. Sahabat2.ra dah tiada,
Semua Orang suka bergaduh.. Tiada lagi Adab Sopan,

Seperti kata Guru Abang (Syeikh Yusri.ha);
Kita berada di Zaman Orang Benar di dustakan,
Orang Dusta di benarkan,

Jadi.. Bagaimana Cara kita Nak hidup?
Tumpukan Pada Fiqhul Fardi..
Berbanding Fiqhul Ummah..


Maknanya?
Tumpukan Fikiran pada jadi Orang Baik..
Kena Solat, Jangan tinggal Solat Sunat, Jangan lupa baca Al-Quran,
Hati juga kena jaga.. Tidak boleh Ngumpat orang, Kena sayang semua orang..

Berjumpalah dengan Orang2 Soleh & Tuan2 Guru..
& Hiduplah di bawah bimbingan terus dari mereka..


Kelebihan kita
Setiap Kelebihan yang kita ada.. Setiap Perbuatan yang kita buat..
Semuanya Allah akan tanya di Padang Makhsyar kelak..
Jika kita gunanya untuk jauh dari Allah.. Kita akan dicampak ke dalam neraka,
Sebab itu kena cari Ulama2 & Orang Soleh.. Ke mana kebolehan ini kita nak guna,


Adikku Adiputra
Abang amat2 menyayangi dirimu..
Kerana engkau adalah Bukti.. Betapa Hebatnya Allah,
Abang inginkan dirimu selamat.. Jauh dari murka Allah,
Seterusnya.. Menjadi salah seorang Kekasih Allah... ameen





Pakwan: Mudah2an Allah sentiasa memelihara Adik Adiputra & Seluruh Mukminin Muslimin