بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Mengadap Monitor
Pagi ini aku menanti waktu kemuncak,
Sekarang baru pukul 5.58 pagi.. Waktu Kaherah,
Cadangnya I'Allah.. dalam pukul 9pg nanti nak Ke Shoubro,
Sudah lama aku tak berjumpa Syeikh Hasan, Syeikh Toha & Syeikh Nabi..
Semalam adalah Madah (Subjek) terakhir bagi Imtihan (exam) tahun ni..
Ikhlas kata.. Aku tak berapa yakin tahun ni,
Entah kenapa.. Ulangkaji aku serba tak kena.. Banyak terlepas pandang,
Mudah2an ianya "Kaffarah" buat dosa2 & kesilapan aku selama ini...
Kena lebih berwaspada
Sekarang aku perlu lebih fokus,
Pengalaman dua tahun lepas.. banyak mengajar,
Aku perlu lajukan lagi langkah & istiqamah,
Kerana masa yang ada padaku kini.. sangat2 suntuk,
Kini aku telah berumur 25 tahun (Masihi),
Dengan tanggungjawab sebagai pemangku anak sulung,
Ditambah dengan faktor umur Ibu bapaku yang semakin meningkat,
Aku perlu lebih teliti dalam mengisi masa2 ku..
Perlukah Aku Kecewa
Kadangkala terdetik juga.. "Perlukah aku rasa kecewa?"
Kerana sejak dari kecil aku duduk dalam sistem "Exam oriented",
Aku belajar & berlari kesana ke mari.. Hanya untuk exam..
Apa aku dah buat ni Ya Allah?.. Aku dah bazirkan banyak masaku...
Namun bila aku fikir lebih mendalam,
Aku rasa Besar Hikmah Allah buatku..
Banyak yang telah aku pelajari & berlatih,
Semuanya sangat2 bermanfaat bagiku.. Melalui Ilmu Pengalaman,
Untuk hari2 yang seterusnya
Aku berdoa pada Allah..
"Mudah2an Allah memberikan sebaik2 pemberian buatku..ameen"