Ahad, 26 Mei 2013

Tips Menghafaz Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله 



Baca Keseluruhan Ayat
1.  Baca sambil lalu satu Maqra' yang hendak dihafaz,

-Pastikan Makhraj, dengung & panjang pendek disebut betul..
-Baca sampai lancar & "Wajib" pastikan Tajwid betul..
-Baca 2-3 kali lebih baik.. Yang penting kita dah dapat gambaran awal ayat tersebut,


Pecahkan Apa yang kita nak hafaz kepada muka surat..
Kemudian.. Pecahkan lagi kepada separuh muka surat..
Anda hanya boleh "Rehat" sebentar.. Bila habis separuh muka surat..


Baik.. Kita akan mula menghafaz
2.  Pergi kepada "ayat pertama" nak dihafaz..

- Lancarkan bacaan ayat tersebut & mula menghafaz..
- Baca satu2 kalimah & ulang.. Sampai lekat di kepala..
- Baca kalimah seterusnya & ulang kalimah yang sudah dihafaz.. Sampailah satu ayat..
Pastikan ayat tersebut melekat di kepala kita.. Pastikan hafaz sampai dapat..
- Istiqamahkan tempat wakaf (berhenti) kita.. Sesuai dengan panjang nafas kita..

(Wakaf yang kita buat... perlu sesuai dengan makna ayat..
Jangan berhenti jika tak sempurna cerita.. Rujuk Al-Quran tafsir)


**Jangan baca ikut sedap "layan lenggok"..
Tapi bacalah seolah2 kita sebut setiap huruf satu persatu..
& Seolah2 kita nampak baris apakah yang dibaca..
dengungnya & bagaimana letak huruf tersebut..
( Sila rujuk bacaan Qari: Syeikh Mahmud Khalil Al-Khusyairi)


Ulang ayat yang dihafaz tadi sekurang2nya 5 kali @ keatas Sehingga ingat..
Kira dengan jari.. bilangan yang kita ulang,

Untuk Fokus:..
Pastikan satu badan bersama dengan kita ketika menghafaz Al-Quran,
Alunan Badan.. Lukiskan ayat dengan jari.. Gaya sedang menghayati..
Semua ini I'Allah amat2 membantu untuk kita fokus..


Sekarang.. kita berpindah ke ayat kedua.

3.  Kemudian berpindah ke ayat kedua.. Ikut cara di atas seluruhnya,

- Bila dah sempurna hafazan ayat ke-2.. Ulang sekali imbas ayat pertama & kedua (Jika lancar),
- Jika tak lancar.. Ulang dua ayat ini sampai melekat di kepala..
- Begituilah sampai setengah muka


Berada di tengah2 muka surat

4.   Bila masuk "setengah" terakhir muka surat,

- I'Allah di saat ini.. Gambaran Ayat2 di "separuh muka surat awal" masih terbayang2 di fikiran kita,
- Jadi.. Kita perlu bersyukur pada Allah kerana beri kita ingat Kalam2-Nya,
- Rehatkan minda kita.. Tenangkan fikiran & nikmatilah Kebahagiaan ini,


5.   Jangan rehat lama2.. Kerana boleh lewatkan masa kita menghafaz,

- Sebaiknya.. Minum air & mula "berjuang" semula..
- Gunakan kaedah diatas lagi sekali.. Untuk dapatkan separuh muka surat yang terakhir,
- Tidak perlu ulang dari awal muka surat setiap kali dapat ayat baru.. Hanya perlu ulang sekali sekala,
- Yang penting.. Ulang ayat2 yang telah kita hafaz di separuh terakhir muka surat.. seperti kita buat di separuh awal muka surat tadi..

Kita perlu bijak bahagikan masa..
Pastikan kita habis cepat menghafaz
& seterusnya sudah boleh tumpu untuk ulang apa yang kita dah hafaz..


Begitulah.. Sehingga selesai satu Maqra'

5.   Begitu jugalah jika sudah masuk muka surat seterusnya & sehingga tamat satu Maqra',

- Pecahkan Hafazan kita mengikut separuh-separuh muka surat,
- Ini penting untuk memudahkan kita mengingat..
- Yang paling penting.. Ulang.. Ulang.. Ulang & Ulang ayat yang kita dah hafaz tadi,



Nota Penting
**Antara sebab utama Al-Quran payah nak lekat dengan kita..
Kerana kita tak jaga Tajwid.. Tak Jaga Tajwid.. Tak Jaga Tajwid..
Ini Kunci Utamanya & kita perlu pastikan Tajwid kita betul..

Bila Tajwid terjaga.. Automatik Minda kita mudah menangkap..
Sebelum ini minda kita payah nak tangkap.. Kita baca sekejap panjang.. sekejap pendek,
Bentuk Kalimah dalam Al-Quran hampir sama.. Kalau kita istiqamah..
I'Allah Otak kita tak susah nak ingat.. Sebab dia dah pernah jumpa sebelum ni,

Juga tanda Allah sayang kat kita.. Nak kita Hafaz tepat dengan Kalam-Nya

**Sebab keduanya.. Kita kena mengulang.. ULANG & ULANG,
Kalau nak Al-Quran cair macam Surah Al-Fatihah.. SEKURANG2nya ulang 3juzuk sehari..
Beli Al-Quran Poket.. Mengulang di mana2 tempat yang kita dapat, di dalam bas.. semasa tunggu Guru masuk.. Semasa dalam perjalanan.. Sebelum tidur.. sebelum & selepas main bola..

**Paling penting.. Kena banyakkan berdoa & minta dengan Allah,





Pakwan:
Teman2.. Doakan saya juga ya..
Mudah2an Allah memberikan kita nikmat mengingati 30Juzuk AlQuran buat selama2nya...
Antara Nikmat terbesar & Sangat2 berharga dalam hidup kita...