بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Buat Majlis Khatam
Alhamdulillah... Baru selesai Majlis makan2,
Kemudian macam biasalah... Sembang2 dengan DS3,
Cuma mungkin faktor usia.. Topik sudah semakin serius,
Namun humor & gelak2 masih faktor keserasian...
Lama juga tempohnya
Alhamdulillah hari ini aku khatam talaqqi Al-Quran riwayat Hafs A'sim,
Hampir tiga tahun juga bertalaqqi dengan Syeikh Hassan Rejab...
Bermula 8 Disember 2011... Sehinggalah hari ini 23 Februari 2014,
Faktor banyak bercuti & balik Malaysia... Mungkin penyebab aku lambat sedikit i'Allah..
Asal bertalaqqi Al-Quran di Mesir
Mulanya aku bertalaqqi dengan Syeikh Asyraf Al-Ja'fari,
Setiap pagi kecuali Sabtu & Jumaat aku ke Darrosah..
Kami berkonvoi sebaik selesai Kelas Syeikh Yusri,
Di sana aku hanya sempat bertalaqqi dalam lima juzu'...
Fihi Fawaidu Kasiroh
Namun bila berpindah Kulliah ke Shoubro..
Aku mula beralih angin ke Masjid Khazandarah,
Aku pilih Syeikh Hassan kerana dikatakan dia garang..
Namun aku nak juga.. Kerana mungkin lebih banyak istifadah dengannya i'Allah,
Kena Balun di Masjid Khazandarah
Mula2 bertalaqqi... Syeikh memang garang habis,
Tengking & jerkah sudah lali bagiku.. Satu Masjid Khazandarah bergema,
Namun aku buat muka tebal.. Aku harung juga,
Namun jerkahan itulah banyak menyedarkan aku..
Banyak kesilapanku dahulu
Baru aku perasan betapa banyaknya salahku ketika membaca,
Mungkin antara penyebab kenapa aku dulu sukar menghafaz AlQuran,
Dengung, tarqiq-tafkhim, wakaf ibtida', khilaf & banyak lagi,
Aku dahulu suka baca laju.. Tidak raikan langsung hukum Tajwid,
Pengalaman bergaul
Semakin aku mengenali Syeikh Hassan... Semakin aku fahami Syeikh,
Aku suka cara Syeikh... Tengkingan & Jerkahannya untuk mendidik,
Di sebalik itu... Syeikh seorang yang periang & gila2,
Aku pernah dilastiknya dengan getah.. Ketika aku mengaji.....he3
Terlalu banyak peristiwa jika ingin ku rakam
Aku pernah minum Syai (teh) dengan syeikh,
Baca Al-Quran di hospital.. beli pisang untuk syeikh,
Aku pernah janji dengan Syeikh datang pukul 8pg..
Namun aku datang pukul 12.30tgh... Menyebabkan Syeikh tak mahu salam denganku,
Bila akalku berfikir2
Syeikh Hassan mungkin antara insan istimewa dalam hidupku,
Yang mempengaruhi sebahagian besar pintu hidupku...
Aku jenis seorang yang tak pandai nak berterima kasih...
Hanya Allah.swt mampu membalas jasa baik Syeikh Hassan
Cukuplah sekadar di sini
Sudah pukul 2.43pg... Esok ada Syarah Matan Durroh,
Belakang aku dah sakit & aku perlu rehat yang cukup,
I'Allah... Mudah2an eesok & seterusnya menghadirkan bibit2 yang lebih Berkat..
Pakwan:
Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah lagi..
Diatas segenap nikmat yang tidak terhitung ini...