Ahad, 16 Mac 2014

Antara Merpati & Biawak


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
 

Menulis Kalimah2
Sudah hampir separuh malam aku tidur,
Separuh kedua ini patutnya aku mula menghafaz,
Namun maqra' berikutnya agak panjang...
Rasa2 macam tak sempat i'Allah,


Menyambung Hobi
Niatku tadi bertukar kepada ingin mengulang,
Namun Sarul pula dah tutup lampu bilek,
Ingin ke Surau... Kunci blog B pula tiada,
Jadi sebagai pengelas.. Menggarap hobi lah solusinya,


Aku suka menulis.. Ia buatkan fikiran aku lega
Jika aku ada masalah & mencari solusi bagi sesuatu tindakan..
Berkarya membantu fikiranku menjadi lebih tenang,
Mungkin cara fikir yang berlainan i'Allah.. Menyebabkan..
Berkongsi idea dengan teman2 bukanlah sesuatu yang aku senang,


Ya.. Aku mungkin dilihat mudah mesra i'Allah
Namun titik pertemuan denganku mungkin hanya sekitar 'bercerita',
Soal Pengalaman & Kesukaan mereka.. Namun bukan berkait soal idea,
Juga bukan soal 'pengurusan' & 'matlamat' hidup... Ataupun 'Strategi' Kehidupan,
Kerana setakat ini.. Majo 'topik2' itu belum mampu menggembirakan aku,


Sudah banyak skill kehidupan yang aku lakar
Dari Periang, Peramah, Perai, Ambil mudah, Abang Long..
Juga Serius, Pendiam, Berdisiplin, Tegas, Teliti, Abang Ngah..
Ada juga Romantik, Understanding, Penarik, Misteri, Pemalu, Anak Bongsu..
Kadangkala Tenang, Berkarisma, Supportive, Serba boleh, Licik, Mastermind..


Mudah2an Allah memberikan yang tebaik
Kebiasaannya peribadi aku mengikut keadaan sekeliling,
Aku tak boleh kata mana satu peribadi paling aku suka...
Kerana itulah aku... Sentiasa berubah2 mengikut persekitaran,
Semuanya aku suka di waktu itu... Aku sangat2 menikmatinya,


Antara Merpati & Biawak..
Merpati sifatnya sangat2 Supportive terhadap pasangannya,
Biawak sifatnya sangat2 suka men-downkan orang lain..


Allah.. Perutku sakit lagi
Rasanya sudah masuk 2hari.. Bukan nak ke tandas,
Bukan juga seperti memulas.. Rasa panas sikit pun ada,
Allah.. mungkin aku tak jaga pemakanan sangat di Mesir,
Seronok sanagt gamaknya mencuba.. Tak fikir dah soal Bersih & Kuman,

Saiz badanku sentiasa berubah2
Kadangkala tegap... Tapi selalunya gemuk,
Seingat2 aku.. Aku seorang yang sangat2 aktif,
Bermula Sekolah Rendah sehinggalah tahun2 awal di Maahad,
Tahun2 akhir aku di Maahad sehinggalah kini.. Aku mula jarang bersukan,



Mudah2an Allah memberikan aku nikmat Diet & waktu untuk bersukan,
Tanpa mengganggu Dunia Ilmu yang Allah anugerahkan sekarang... ameen,


Strategi 8 Hari !!






Pakwan: Lama tak menulis.. Terasa tenang (^^,)Y