Isnin, 7 April 2014

Nurkilan diwaktu payah tidur



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Mata masih tak mengantuk. Entah apa silapnya, sudah tiga hari kehadiranku ke kelas burn, gara2 mata yang tidak mahu lelap malam. Lepas Subuh baru mengantuk. Mafhum "mukhalafahnya tasmi' dengan Syeikh Nabi juga tertundalah jua...  alahai,
Esok aku nekad i'Allah. Aku akan tetap ke kelas biarpun tak tidur malam ni. Akan ku buat setakat mana aku  daya. Mudah-mudahan aku mampu juga untuk tasmi' dengan Syeikh Nabi lepas kelas esok. Maqra' lima juz lima....  Allahumma Ameen,
Jadi malam ni aku tidak boleh banyak bergerak takut badan letih esok. Antara perkara aku boleh buat sekarang adalah menaip di blog ini sambil rehatkan diri berbaring di atas tilam. Mudah-mudahan deringan jam asbab membantuku esok i'Allah.
Hampir dua minggu ini jualah aku tengah futur. Semangat menghafaz dan mengulangku hilang. Mungkin inilah balasan untuk segenap maksiat yang telah aku kerjakan.
Ya Allah...  Ampuni aku...
Untuk derapan demi derapan langkahku ini, aku tidak bisa berhenti. Aku harus kuat dah gagahkan diri terus menggapai matlamatku. Biar halilintar datang mememanah, biar taufan membadai bumi.... Namun i'Allah pantang undur sebelum ajal !!
Sudah banyak ujian dan halangan aku jumpai. Apakah akanku kesah ujian esoknya? Dengan bantuan Allah jua...  ianya tetap akanku tempuh...

Pakwan:
Teman2...  tolong doakan saya berjaya hafaz & ingat 30 juz Al-Quran...  juga dikurniakan kefahaman akan Al-Quran..  Serta Ikhlas dalam bersama Al-Quran dan mengamalnya... Akhirnya diredoi Allah,
Mudah-mudahan kasih sayang kita kepada Al-Quran sentiasa bertambah....  Allahumma Ameen.