Selasa, 6 Mei 2014

Cara bila Simcard tidak boleh download Aplikasi Android

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله

Kisahnya bermula apabila
Pak Seman baru-baru ini membeli handset tajaan Rebat BR1M. Dengan menambah sekitar RM150.00 maka Pak Seman sudah boleh mendapatkan sebuah smartphone berjenama Lenovo A390, bolehlah untuk berinternet, ber-FB, ber-Whatsapp, kamera sikit-sikit & dengar mp3.

Pada mulanya smartphone begitu mengujakan beliau, habis semua benda mahu di-'downloadnya'. Baik dari Android market sehinggalah ke video-video di Youtube.

Tambahan faktor di rumah yang menggunakan Wifi streamix, lagi sakan Pak Seman melayan smartphone barunya itu.

Masalah Bermula
Apabila kembali menyambung pengajiannya di luar negara. Abg Seman hanya mengambil simcard dari modem internetnya untuk di pasangkan di Smartphone, untuk jimat katanya.

Untuk ber-FB, WeChat, Whatsapp, blog & melayari internet tiada masalah. Namun jika untuk download Youtube & Aplikasi Android memang problem.

Jadi penyelesaiannya? Mudah..

Tukarkan dari simcard modem... kepada Simcard yang punyai dua fungsi iaitu call & internet...

Mungkin ada cara lain lagi..  tapi ini yang Pak Seman temui..



Pakwan:
Pak Seman memang begitu...  Kuat minum yogurt...