بسم الله الرحمن الرحيم ،
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله،
3 Jun 2014
Tarikh itu nanti i'Allah aku akan bertemu imtihan akhir untuk Ijazah Takhassus Qiraat-ku. Nervous memang la nervous sebab terbayang 1001 perkara yang perlu di hafaz, tambahan hafalan bukanlah 'kelebihan'-ku. Tapi I'Allah... Allah pasti bersama-ku... Fighting..!!! Ops.... he3
Aku letih la... a'ah letih gilerr,
Kini aku perlu habiskan masa bergaul dengan teman2 yang lebih muda dariku, cara pergaulan juga berbeza dengan teman2ku sebelum ni. Kini aku seolah2 perlu tukar lagi seni pergaulanku, ya... cara mereka tak ubah macam caraku ketika di Maahad... 4-5 tahun lepas... Nak buat macam mana... aduhaiiii malassssnye.....
Termenung dulu2 punya kisah
Aku suka bernasyid, pentomen & ber-coral speaking.. ia buatkan jiwaku puas kerana aku boleh lepaskan jiwa seni dan idea-ku. Rindulah dengan zaman Alattas... dulu2 masa berjaga malam dan berhempas pulas melakar pentomen... Juga perasaan ketika berpentomen di atas pentas... dengan gaya & tutur yang spontan.. memang seronok... Rindunya zaman tu...
Aku juga rindu dengan saat ketika merangka program2 untuk Surau Ihsan, macam2 benda aku seronok rancang dan aku gerakkan. Kepuasan hadir bila tengok program2 tu berjalan..
Aku juga rindu dengan Junior2ku yang dulu. Baik di Ihsan, Maahad mahupun isma. Keriangan mereka membuatkan aku rasa sangat2 seronok. Ya Allah... betapa rindunya aku pada suasana ketika itu...
Aku juga rindu pada suasana 'bermesyuarat' semasa di maahad dulu... Seronok bila dapat berpentas dengan 'mic' dalam program2. Sangat2 seronok bila jadi moderator forum.... Allah3 perasaan masa tu. Satu lagi saat yang best bila pembentangan.. seronoknya berjenaka dengan audiens...
Juga yang sangat2 best ketika di maahad.. ketika jalan2 naik motor. Ke Genting, AirTerjun Panching, Berkelah, Ijtima' Tabligh di Sepang, ... rodong sekepala masa tu MatTop & Red... ha3, macam2 peristiwa dengan diorang ni. Dari bergaduh, nak selesai masalah rumit2, dunia bercinta, mpp, sampailah kaki jalan... he3, seronok memikirnya....
Itulah... Alhamdulillah hidup ni penuh dengan kenangan indah. Kena bergerak lagilah... untuk bina kehidupan yang lebih ceria i'Allah... mudah2an nanti juga seronok untuk di -flash back... Allahumma Ameen,
Cukuplah sekadar ini coretan melalui android... Salam Keceriaan dari Uwies.......(^^,)
Pakwan: Teringin nak baca buku The Doctor karya Tun Mahathir...