بسم الله الرحمن الرحيم ،
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله.
Countdown menghampiri
I'Allah lagi lima hari lagi bakal bermula imtihan akhir bagi Syahadah Takhassus Alquran & Qiraat dari Maahad Al-Azhar. Perasaan pun sudah menjadi agak tawar sejak akhir2 ini. Namun Alhamdulillah.. sehari dua ini semangat kembali datang.. Mudah2an berkekalan hendaknya.. Ameen,
Merancang Aktiviti
Ada dua perancangan utamaku untuk waktu2 selepas imtihan i'Allah... Adapun perancangan2 lain masih perlu dinilai justeru malas terbeban dengan banyak perkara;
Perancangan utama;
1- Khatamkan tasmi' Alquran,
2- Refresh Ilmu Qiraat di kelas tahun satu bermula dalam september ini.... i'Allah,
3- Talaqqi 10 Imam Qiraat 30juz..
Perancangan lanjutan;
1- Daftar markaz nil untuk muhadasah,
2- Menadah kitab Nahu Saraf Balaghah dengan Tok Guru Pondok,
3- Mula menterjemah kitab2 ringkas bagi Qiraat & Tajwid,
4- Merangka jalan cerita & menulis novel,
5- Gerakkan Kelas Alquran buat Anak2 Pahang di Mesir,
6- Jual Aiskrim melayu,
Mengintai peluang
Alhamdulillah rangka perancangan2 diatas ada sedikit sebanyak terlakar di minda ini... Cuma perlu cari timing yang sesuai untuk bergerak.
Arah seterusnya
Insya Allah jika berjaya selesaikan perancangan utama di atas pada separuh awal tahun hadapan 2015... i'Allah seterusnya mudah2an bolehlah bergerak ke Hadramaut Yaman pula.
Dunia harapan
Ada dua hajat paling utama aku sangat2 berharap dan berdoa dapat ke Yaman;
1- Mendalami Ilmu Fiqh & segala disiplin2nya, Juga Ilmu2 yang lain sehingga mahir,
2- Mencari Murabbi & Biah yang boleh memdidik Jasad, Akhlak & Rohaniku,
Kenapa Yaman?
Justeru pengalamanku berkelana & berdamping dengan Dunia Ilmu selama kurang lebih 4 tahun ini, bagiku Hadramaut-Tarim-Yaman antara tempat yang terbaik bagi mentarbiah diri & mencari Murabbi2 yang Alim lagi Soleh i'Allah. Selain sistem Ilmunya yang sistematik.
Seterusnya
Kemudian aku akan cuba terus lagi membaca peredaran sekeliling sama ada baik bagiku untuk terus menyambung Master ataupun mendalami cabang Ilmu Turath yang lain... Mudah2an Allah memberikan kita kefahaman akan Agama Islam.
Pakwan:
Kerja, Berkeluarga, Kumpul aset?
.....Wallahua'lam