بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله،
12 Jun 2014,
Alhamdulillah kini kami baru memulakan perjalanan setelah berhenti bersahur dan Solat Subuh berdekatan Maqam Syeikh Najdi Ja'fariah,
Layanan mereka tadi memang terbaik, terpapar wajah keikhlasan yang dicermin melalui kesungguhan mereka melayan kami bersahur tadi,
Ful, Jubnah, 'asal aswad, kuah kacang dal, Jem strawberi, timun & tomato menjadi pilihan untuk disuap bersama dengan Roti lubnan,
Paling menarik,
Dapatlah melihat cara Syeikh Yusri Rusdi.ha makan...he3. Seronok tengok mereka2 yang tinggi adabnya, seronok sejuk rasa hati,
Untuk perjalanan semalam,
Kami bertolak dari Bawabat dalam pukul empat petang menaiki teksi sebelum Solat Asar di Masjid Ashraf (Syeikh Yusri.ha).
Kemudiannya dalam pukul 7 petang semalam kami bertolak dengan empat buah bas. Syeikh Yusri.ha menaiki bas no 1 dan aku, Daus, Shair, Azri berada di bas no 3,
Dalam pukul 10 malam kami sampai di Zaituniah (r&r), kami solat di situ.
Pengalaman Menarik,
Mula2 aku 'berniat' makmum & dua rakaat untuk jama' takhir, tiba2 imam bangun & aku sangka imam Solat tamam (4 rakaat), aku terus mengubah niat kepada tamam,
Tanpa disangka2 lagi, Imam tiba2 memberi salam di rakaat ke -3, aku terus bangkit untuk selesaikan solat isya-ku & kemudian aku kerjakan solat maghrib di pinggir surau,
Seterusnya kami duduk bersila dan berkelah-lah di depan r&r. Seronok juga, pandai Daus sediakan menu... Nasi kosong & Sambal sardin,
Sepanjang malam aku banyak bersembang dengan Firdaus perihal alam rumahtangga. Lama tak berbual dengan Daus, seronok juga mendengar tips2 yang dia beri,
Antara point bernas yang diberi untuk keharmonian rumahtangga;
1. lelaki suka dihormati dan wanita suka disayangi.
2. Lagi satu faktor pengikat adalah kita bersama isteri bukan kerana dia cantik dan sebagainya, tetapi kerana ianya adalah taqdir Allah untuk kita bersamanya,
Cukuplah sekadar ini dulu. Kepala pun sudah nak tintong.. Disebelah kiriku sekarang seolahnya laut merah... Wallahua'lam,
Semoga berjumpa lagi.... Wassalam,
Pakwan: Segan dengan Syeikh Yusri.ha