Jumaat, 20 Jun 2014

Humaisara yang dicinta

بسم الله الرحمن الرحيم ،
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله ،

Di Humaisara,
Suhu ketika sampai itu agak membahang. Justeru aktiviti bersiar2 di sana agak terbatas hanya kepada dalaman. Sesuai melawat Masjid dan 2-3 maqam sekitar itu,

Selain Maqam Imam Syazili, terdapat juga Maqam anak muridnya dan juga sebuah Maqam bekas Tukang Bersih Alazhar (mengikut cerita teman yang pernah ke sini). Jarak antara satu maqam ke maqam yang lain juga agak berdekatan,

Penempatan Kami
Kami rombongan Syeikh Yusri ditempatkan di suatu kawasan  seperti Masjid Lama, satu bumbung dengan Maqam Tukang bersih Alazhar. Di situ kami diberikan tilam masing2.

Kemudahan tandas, Kedai Syai (teh)  dan kedai runcit (semacam kios) juga tersedia. Memang melegakan bila dapat meneguk air sejuk di musim Soifi (panas) ini, apatah lagi dengan suhu yang saya anggarkan I'Allah dalam 40°c,

Manusia Istimewa,
Imam Syazili dijuluki gelaran dengan Qutubul Aqtab (Ketua para wali) dizamannya. Mengikut kisahnya gelaran Qutb hanya diberikan kepada seorang sahaja bagi tempoh seratus tahun. Mengikut apa yang saya dengar jika tidak silap, Alqutb pada zaman ini adalah Alhabib Omar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz (pendiri Ribat Darul Mustafa Tarim, Yaman), 

Wallahua'lam, saya bukanlah ahli dalam hal begini. Namun i'Allah yang pasti Wali Qutb dengan Sayyid Qutb (Pimpinan Ikhwan Muslimin yang lalu)  adalah individu yang berlainan, jangan tertukar pula,

Untuk ikuti Manaqib perjalanan hidup Imam Syazili, juga bagaimana ilmunya di sisi Ulama2 sezaman dan juga kisah bagaimana boleh ia dimaqamkan begitu jauh di sini, bolehlah dikaji lebih lanjut. Saya ingin tumpukan pada kisah 1-2 hari  ini sahaja,

Syeikh Yusri
Ketika sedang berbual2 dengan Mat Top, Azri dan sahabat2 dari Patani dalam pukul satu pagi. Tiba2 Syeikh Yusri turun dari penginapannya lengkap berserban dan berjubah. Kelihatan Syeikh seolah2 ingin ke masjid,

Shair yang kebetulan terserempak dengan Syeikh lantas mengekori Syeikh,

Kagum bila mendengar Shair bercerita Syeikh Yusri.ha Solat dari jam satu pagi lebih kurang hinggalah jam dua setengah pagi,

Esoknya hari Jumaat,
saya datang awal ke Masjid dalam pukul sebelas pagi. Takdir Allah, Syeikh Yusri berada tidak jauh didepan saya,

Saya perhati Syeikh Solat dari pukul 11pagi sehinggalah pukul 12.30tgh lebih kurang baru Syeikh Yusri berhenti solat, itupun mungkin kerana bacaan Alquran oleh Qari. Dengan qiam (berdiri)  yang juga  lama, Ya Allah kerdilnya diri ini di depan-Mu dan juga hamba2-Mu yang Soleh,

Terimbau kata2 Ustaz lama yang wali2 Allah itu bukan sahaja diberikan  kelebihan yang banyak oleh Allah bahkan Ujian yang diterima juga sangat2 berat berbanding orang biasa,

Jumaat itu Syeikh Ali Jum'ah yang berkhutbah dan dihadiri oleh Habib Ali Aljufri. Habib Ali Aljufri juga ada berikan sedikit tausiah selepas Solat Jumaat,

Akhlak Auliya',
Selepas selesai Habib Ali Aljufri menyampaikan Tausiah, pencintanya mengerumuni Habib Ali Aljufri. Namun apa yang menariknya orang ramai membuka Jalan dan membenarkan Habib Ali Aljufri menuju bertemu Syeikh Yusri, kagum dengan kerendahan budi Habib Ali Aljufri dan hibah Syeikh Yusri,

Ketika habis Tausiah Habib Ali Aljufri juga saya sempat bersalam dan berpelukan dengan Syeikh Muhammad. Menurut Shair, Syeikh Yusri menggelarnya wali walaupun kelihatan muda,

Kemudian sebelum balik,
Saya sempat bersalam dengan Syeikh Ahmad Hajin dan beliau mencium belakang kepala saya, Alhamdulillah,

Peristiwa2 ini seolah2 suntikan untuk saya lebih berani menghampiri Auliya' dan Ulama,

Sekadar ini dahulu. Wassalam...

Pakwan: Ingin bertemu Murabbi