بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
1. Sebut sahaja. Anwar Ibrahim, Tun Mahathir, Tg.Haji Hadi, Abuya Ashaari Muhammad. Fikiran menerawang kepada 'GERGASI' yang pernah wujud di muka bumi Malaysia.
2. Walaupun baru setahun dua lahir ke dunia. Namun tetap terasa aura mereka. Apatah lagi yang sezaman, malah turut berada di tengah gelanggang. Fuhh.. mau berdiri bulu roma dibuatnya.
3. Dengan karisma seorang 'hero'. Kata-kata Anwar boleh pengaruhi berjuta-juta manusia turun ke jalanan. Aura karismanya buatkan siapa sahaja pasti kagum, terpesona dan yakin. "Inilah ketua aku !".
4. Tun Mahathir. Sebut nama je, dah terbayang. Gergasi yang bijak, berani, nekad dan licik mengemudi kapal. Sehingga waktu Tun nak pencen dulu. Kita sendiri bimbang. Mampukah kita bergerak, tanpa Tun yang kemudi.
5. Masa berbual dengan sahabat baru-baru ni. Tanya kepadanya. Nak tengok tak lagenda yang masih hidup? Tengoklah Tok Guru Haji Hadi. Kalau Teliti pada keputusan-keputusan yang dibuatnya. Maka kita pasti teringat Syeikh Ali Jumah dan Assyahid Syeikh Said Ramadhan Albuti. Keputusan yang tidak popular. Tapi bila dikaji mendalam. Itulah keputusan paling terbaik buat saat dan 'ketika' kejadian.
6. Semasa kecil. Aku dibesarkan dengan lagu-lagu dari Nadamurni. Juga penasyid cilik Alarqam yang lain. Menjamu mata dengan Majalah dan komik Islamik Alarqam. Mereka punyai perkampungan sendiri. Semua tahu Perkampungan Islam Sungai Penchala dan sepersisnya yang lain. Dalamnya ada kedai runcit, kedai makan, studio rakaman. Sewaktu masyarakat kita terkial-kial bab bisnes. Kicap mereka dah sampai di Hotel di Hongkong. Mereka dah hasilkan mee sendiri. Mereka punyai bas dua tingkat, bawa anak-anak mereka ke madrasah (bas dua tingkat masih asing di Malaysia dan sangat gah waktu itu). Mereka punyai sistem pendidikan sendiri. Tatkala suasana masyarakat yang guru sekolah agama pun tudung separuh. Mereka tampil dengan imej berjubah serban dan bertudung purdah. Namun hebat 'urusan' dunia. Dapat nampak tak? Betapa 'prestijnya' mereka diwaktu itu. Kita ketepikan dulu bab akidah.
7. Jika diteliti mendalam. 'Performance' mereka bermula sejak muda. Perhatikan mendalam. Pusaran takkan lari jauh dari zaman 70, 80an. Dari zaman mereka muda. Baca juga sejarah ABIM, PAS, UMNO. Mungkin kerana mereka nama besar. Sebenarnya ramai lagi tokoh yang terlindung. Yang tak kurang hebat.
8. Aku perhatikan pada teman-teman yang berjawatan. Masih muda tapi otak ligat. Idea program tak putus-putus. Bagi aku, semua ini kerana masa dunia pelajar dulu juga mereka ligat. Bila kerja, mereka juz import idea dulu. Dan juz touch up mana sesuai.
9. Kalau ko nampaklah apa yang aku nak sampaikan. Ko akan mula berebut nak latih, didik, labur duit dan tenaga. Perkemas generasi muda. Baik dari sekolah ipt atau dari gelanggang jalanan. Mungkinkah itulah insha Allah. Yang SEDANG digerakkan oleh Ruwaq Jawi Mesir. pimpinan Ustaz Nazrul serta Ustaz Hairul Nizam. Atau Akademi Warga Perihatin pimpinan Saudara Saiful Nang n da gang? kot..