بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Malam yang sukar nak tidur;
1. Balik bilik. Laptop mod Zzz. Tekan papan keyboard. Screen menyala. Lama pandang monitor. Hmm..
2. Adakala aku duk fikir. Rasa nyesal pula friend dengan orang-orang penting ni. Yang rapat atau kita hormati. Jadi payah nak menaip... kikiki..
3. Kepala sarat dengan 'benda'. Tapi takleh nak luah. Takut buat orang kecik hati. Aduss... dilema ada hobi menaip ni.
4. Dulu masa kecik. Masa UPSR. Ada subjek BM Karangan. Aku selalu buat cerita pasal Hantu Paku. Cerita mengarut. Seronok pula bila Cikgu Zaleha (tak silap aku) baca dalam kelas. Kawan-kawan pun layan gelak. Mungkin dari situ aku mula minat menulis.
5. Bukan makna tulisan aku best. Ngarut je lebih. Cuma aku seronok.
6. Aku suka baca Travelog. Tulisan Saiful Islam best. Adakala lenggok bahasa mana-mana Travelog biasa je. Cuma yang best. Sebab penulis cerita pengalaman sendiri. Jadi kita boleh hayati.
6. Kalau perasan. Berbanding awal-awal dulu. Kini aku selalu guna nombor mewakili perenggan. Sebab aku tiru Tun.M. hehe. Serius, aku sangat-sangat suka dengar Tun M berucap dan menulis. Mudah faham, simple dan bernas.Chedet.com. Tapi sekarang dah kurang ikut. Politik sangat-sangat memberi kesan pada rohani kita. Serius !
7. Aku pernah baca tulisan A.Samad Ismail. best. Penulis dulu-dulu best-lah. Diorang ni bijak bermain tulisan. Seolah-olah minda pembaca dikawal mereka. Mereka bawa kita ke satu pentas. Wayangkan. Dan kita boleh kaitkan dengan isu semasa melalui double meaning.
8. Sanusi Junid. A.Kadir Jasin. Syahril A.Kadir. ini antara penulis. Nak kata selalu ikut tidak juga. Tapi kira sukalah baca tulisan diorang. Ustaz Rosma pun best juga. Tapi agak menyepi sekarang.
9. Alamak. Apa poin aku sebenarnya ni? Okeylah. Dah dekat pukul 1pg. Mata tak ngantuk. Teringin pula tulis tentang Seni Ceramah. Pidato. Nantilah yek Insha Allah.. Wassalam