Isnin, 27 Januari 2020

Ambang 2020. Ragam pilih sekolah.


.
Dalam bulan Julai baru ni. Tolong seorang teman carikan sekolah rendah agama swasta untuk anaknya, anaknya nak masuk darjah satu. Pergh, call punya call. Dari Sekolah Rendah Ibn Abbas di bypass, sampai Sri ABIM Indera Mahkota. Semua dah penuh. Hanya Sri ABIM je ada beberapa kekosongan. Tu pun kena rebut cepat, takut orang lain cop dulu. Walhal, lagi enam (6) bulan nak masuk belajar Januari 2020. Yuran buka sekolah dalam RM400. Bulanan dalam RM150 juga rasanya.
.
Malam semalam berbual dengan seorang guru SRITI, salah sebuah sekolah swasta di Kuantan. Pergh, untuk kemasukan darjah 1 sekolah rendah pun dah ada temuduga sekarang. Dulu, kita dengar untuk ke sekolah menengah agama bawah JAIP je. Untuk sekolahnya ada 150 orang permohonan. Yang nak hanya 50 orang. Yuran buka sekolah boleh tahan, RM1,500.00. Bulanan dalam RM300-RM400. Tanya kepadanya, semua pelajar tu, mak ayah kaya² ke? Katanya tak juga, Ada je yang bayar ansur² yuran buka sekolah tu.
.
Siangnya, berbual dengan seorang penjaga. Tahun depan katanya nak hantar anaknya di Tadika Tahfiz di Indera Mahkota. Yuran mula² dalam RM1,000.00++ juga. Bulanan dalam RM350. Katanya, dia nak anaknya belajar di tempat yang Islamik. Cawangan IM mungkin ada kekosongan lagi katanya, yang lagi satu mungkin dah full.
.
Seorang sahabat luah. Katanya, sekolah rendah nanti nak hantar anaknya ke sekolah kebangsaan. Sebab nak bagi anaknya bergaul dengan semua orang. Sambil dia berkira² nak pilih antara dua sekolah kebangsaan berdekatan rumahnya. Cuma mungkin dia pilih yang satu tu, sebab ada KAFA petang.
.
Kata seorang lagi penjaga. Dulu zaman kita, tengah tahun pun boleh lagi masuk belajar. 3-5 tahun lepas, 5-6 bulan sebelum buka sekolah, dah kena decide tempat belajar n cepat² daftarkan anak. Zaman sekarang, setahun awal dah kena daftar. Mungkin lagi beberapa tahun, 2 tahun awal dah kena daftar. Kalau tak, putih matalah jawabnya.
.
Ambang tahun 2020. Fuh, boleh tahan. Nak masukkan anak ke sekolah rendah pun perlu bersaing.
.
.
.
P/s: Semua watak di atas adalah lelaki.