بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Kesederhanaan Alazhar
Salah satu rantaian kalimah yang paling kerap saya dengar sejak tiba di Mesir ini, baik daripada dada Akhbar Suara Azhar (soutul azhar), Seminar di Alazhar Conferrance Centre (ACC), Majalah Alazhar mahupun daripada Masyaikh Alazhar khususnya Syeikhul Azhar sendiri Syeikh Ahmad Toyyib adalah Wasotiah Alazhar (Kesederhanaan manhaj Alazhar). Maka tidak hairanlah Fiqh Muqorron (fiqh perbandingan) menjadi salah satu silibus wajib bagi Mahasiswa Alazhar khususnya Jurusan Syariah.
Sirah perbezaan pendapat
Pada zaman Rasulullah telah wujud perbezaan pendapat dan ianya tercatat di dalam Riwayat Imam Bukhari:
“Jangan salah seorang dari kamu pun menunaikan solat asar melainkan di Bani Quraizah.”
Namun, sebahagian dari sahabat mendapati asar telah masuk ketika mereka masih dalam perjalanan, lalu berkatalah sebahagian mereka, “Kami tidak akan mengerjakan solat asar sehingga kami sampai di kampung bani quraizah.”
Tetapi sebahagian yang lain pula berkata, “Bahkan kami akan mengerjakan solat asar dan tidak apa-apa salahnya.”
(dapat difahami: Sahabat menganggap arahan Rasulullah tadi bertujuan suatu gesaan untuk mempercepatkan perjalanan.. Tidak bermaksud supaya meninggalkan Solat Asar dalam waktunya)
Hal ini telah sampai ke pengetahuan Nabi S.A.W tetapi baginda tidak mencela sesiapa pun di antara mereka. Justeru Taqrir Rasulullah dengan berdiam diri di sini menunjukkan kebenaran oleh Rasulullah untuk berijtihad bila dirasakan suatu perkara itu samar-samar serta tiada ketetapan yang jelas dari sudut nas ataupun dalil.
Salaf dan Khalaf dari sudut zaman?
Jika kita merujuk kepada kitab-kitab Akidah (di Malaysia juga banyak),
maka istilah Salaf akan merujuk kepada tiga zaman selepas Nabi iaitu Zaman Sahabat, Tabieen dan Tabi' tabieen.
Manakala Khalaf pula adalah generasi ke-4...
Salaf dan Khalaf dari sudut Manhaj? (pendekatan)
Analognya mudah..
Ayat: "..Tangan Allah diatas tangan mereka" _Surah Alfath ayat 10Titik perbezaan(khilaf) berlaku pada tahap ke-4:
TAHAP-1:
Ulama' Salaf & Khalaf yakin ini adalah ayat Alquran dan kalamullah.
TAHAP-2:
Apa yang dapat Ulama' Salaf dan Khalaf sepakat faham, mustahil Allah beranggota (berjisim) seperti manusia biasa atau seolah2 seperti berhala (ada tangan).
TAHAP-3
Ulama' Salaf dan Kholaf yakin Tangan disini bukan bermakna tangan macam kita, tetapi ada makna lain.
TAHAP-4
Ulama' Salaf: "Hanya Allah yang tahu 'makna' tersembunyi itu, dikhuatiri salah jika kita berbincang..." (Langkah selamat)
Ulama' Khalaf: "Kita ijtihad berdasarkan Ilmu untuk fahami maksud kalam Allah ini, adakah keputusan nanti benar-benar tepat? Wallahua'lam... kami hanya ijtihad." (Langkah Ilmiah)
Konklusi: Ulama' Salaf cenderung kepada aslam(selamat) dan Ulama' Khalaf cenderung kepada ahkam(Ilmiah)
Justeru: Kedua-duanya betul kerana muliakan Allah cuma caranya berbeza.
Muncul Ulama' Khalaf
Sewaktu Zaman Sahabat, Tabieen dan Tabi' Tabieen ianya tidak popular lantaran majoriti Bangsa Arab sahaja yang menganut Agama Islam serta mendalami Alquran dan Hadith, namun masalah timbul bila Bangsa Asing mula menganut Islam, kadangkala mereka faham Alquran dan Hadith berdasarkan fahaman agama mereka yang terdahulu, contohnya -Allah ada anggota (macam berhala)?- Disebabkan ini fahaman yang berbahaya, maka ulama' mula mencari dan mengkaji, itulah asalnya Ulama' khalaf.
Doa Rasulullah saw
Rasululah pernah berdoa buat Saidina Abdullah b. Abbas ra:
--Allahumma faqqihhu fiddin wa allimhu ta'wil--Secara tidak langsung menunjukkan Rasulullah saw merestui Saidina Abdullah b. Abbas ra untuk ber-ijtihad dan menafsir nas.
(Ya Allah... fahamkanlah ia akan agama dan alimkan ia dengan takwil)
Pandangan Azhariy tentang Wahhabiy atau Salafiy
Baru-baru ini semasa Majlis Tafaqquh fiddin bersama Syeikh Nuruddin di rumah Kedah Keherah, kebetulan ketika itu kelas terpaksa berhenti sebentar lantaran black-out. Saya sempat bertanya kepada Syeikh:
Assalamualikum Syeikh..
Bolehkah Syeikh jelaskan apakah itu Wahhabi dan adakah ia suatu fahaman yang membahayakan?
Syeikh: Sebenarnya fahaman Wahhabi atau Salafiy tiada masalahnya, Tambahan kita dapati banyak persamaan pada perkara furu' antara Salafiy dan Ulama'-ulama' kita (Ulama dari Mazhab Syafie, Maliki, Hambali, Hanafi), sebagai contoh pada Doa Qunut ketika Solat Subuh. Cumanya pada perkara Akidah dan ajakan yang extreem itu kita berbeza. Asalnya dakwah yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahhab.rh pada tahun 1129 hanya sekadar bermain di mulut, namun pada tahun 1149 ianya bertukar menjadi keras dengan merosakkan sebuah kampung dan meruntuhkan kubur-kubur para wali dan orang soleh..
Syeikh Yusri.ha adalah antara Ulama' Alazhar yang lantang mengkritik pendekatan Wahhabiy
Antara kata-katanya yang selalu beliau ulang dan tersemat di kepala saya ialah:
Disebabkan cara faham yang berbezalah menyebabkan wujudnya empat mazhab.
Mazhab Syafie-Hambali-Maliki dan Hanafi. Walaupun berbeza namun mereka saling hormat menghormati.. tidak seperti Wahhabiy yang sentiasa menyatakan pendapat Imam-imam lain salah dan ia betul, menolak mazhab-mazhab lain dan menyuruh semua muslim mengikut mazhabnya sahaja.
Rumusan
Istilah Wahhabiy/Salafiy itu sendiri sebenarnya subjektif. Dari sudut Akidah:
Jika benar ia mengikut manhaj untuk tidak mentakwil 'nas' secara Tafsili(Ilmiah), maka ia termasuk dalam kategori Salaf dan ianya tiada masalah.
Namun jika Wahhabiy/Salafiy ini cuba untuk mentakwil nas lebih daripada tahap Ijmali/umum/ aslam (selamat) sehingga naik ke tahap Tafsili(Ilmiah).. maka ia sama dengan Ulama' khalaf maka ia juga tiada masalah.
Syeikh Ali Jum'ah.ha (Mufti Mesir) sendiri pernah berkata:
Wahhabiy Mesir ini sebenarnya Asyairah (serupa pegangannya) walaupun mereka sendiri tidak mengakuinya.
Dari sudut Fiqh:
Wahabbiy tiada masalah pada Ijtihad lantaran banyak ijtihadnya yang sama dengan Ulama'-ulama ahlus sunnah, namun masalah timbul pada sikap-sikap mereka yang tidak meraikan khilafiah (perbezaan fahaman/pendapat) dan Juga cara mereka yang agak terlampau dalam memaksa Orang ramai mengikut mereka.
Pesanan Ulama terhadap kita;
"Datanglah kepada Syariat melalui Ulama'... bukan melalui bacaan semata-mata....." --Pesanan Syeikh Yusri Hafizahullah dan Habib Ahmad AlMaqdi Hafizahullah (Kedua2nya adalah tenaga Pengajar di Masjid Al-Azhar as-Syarif )
Sumber: Alquranul kareem, Kulliah Syeikh Yusri, Dauroh Tafaqquh Fiddin -Syeikh Nuruddin, Kursus selami manhaj Salafi -Ustaz Hairol Nizam, Akhbar Soutu Alazhar, Majalah Alazhar.
Pakwan:
Ingatan dari Habib Ahmad Al-Maqdi:
Mereka (Wahhabi) Kuat bukan kerana Kekuatan mereka..
Tapi kerana Kelemahan kita (Malas belajar)..
Baca Juga: Kenapa Mazhab Syafie banyak pendapat