Ahad, 15 Disember 2013

Keadaan Genting Berpindah (Banjir Besar 2013)

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Malam yang Penting
Malam itu kami sibuk memunggah barang naik ke tingkat atas,
Barang yang sukar seperti sofa.. Kami hanya tindihkan diatas meja..
Sambil ditingkat atas.. Aku memasang chanel TV...
Ucapan TS Muhyiddin Yasin semasa Perhimpunan Agung UMNO..


Masa Berehat
Selepas keluar2 melihat kawasan....
Malam itu kami tidur dengan air diparas betis..
Mie & Adik bertukar bilik... Abi pula tidur di bilikku,
Kami perlukan rehat yang cukup.. Malam itu Elektrik terputus,


Pagi esoknya...
Aku ke tingkat bawah rumah... Air sudah paras peha,
Kami hanya Solat di Rumah sahaja Subuh itu,
Untuk ke Masjid tidak mungkin.. Kerana agak jauh & motor mungkin tidak lepas,
Jika hendak ke Surau Al-Mubarak yang dekat... Mungkin Surau pun sedang ditenggelami air,


Pagi yang sibuk
Pagi itu kami selamatkan mana yang termampu,
Air semakin naik... hingga mencecah ke paras pinggang,
Kami tempatkan pinggan mangkuk di dalam bekas2... Agar tidak berselerak,
Tingat atas semakin sesak dengan barang2..


Tinjau ke Luar Rumah
Kemudian.... Aku bersama Adik meninjau keluar rumah,
Air diluar sudah diparas dada... Kami bertindak ke jalan besar,
Di sana orang sudah ramai berkumpul (Jalan besar lebih tinggi)..
Kami perhati tindak tanduk mereka... Untuk tindakan seterusnya,

Aku rasa kita kena bawa Mie & Abi keluar sekarang..
Kita kena punggah barang2 penting & cuba bawa Mie keluar..

Tapi aku rasa boleh hampuh Mie... Air ni tinggi,

Kita bawa keluar dulu barang... 
& Mie kita boleh naikkan ke bot..


Tempat Orang Ramai Berkumpul
Ketika kami sampai di jalan besar...
Air sudah diparas leher kami,
Sampai di rumah.. Kami lihat tangan Mie berdarah,
Tangan Mie terkapit di pintu.. Alhamdulillah Abi ada untuk buka semula pintu,


Semasa lori besar lalu di depan rumah kami... Ombak kuat terhasil,
Kami sempat lompat tadi.. Tangan Mie terkapit pintu..
Pintu2 kedai depan rumah terbukak keluar & Jiran2 menjerit marah,
Nak salahkan 100% pun takleh... Kalau tak tekan minyak.. Takut Air masuk ke enjin pula,


Ops Selamatkan
Kami keluar dulu membawa dokumen2 penting & pakaian2 untuk 2-3 hari,
Kami letakkan di dalam bekas 'tupperware'' yang agak besar..
Aku bawa beg Aku & beg dokumen.. Adik bawa begnya, beg Pakaian & Solat Mie,
Kami tidak ikut jalan tadi sebab air makin tinggi... Tadi sudah paras leher,


Sampai di Jalan Besar..
Kami letakkan semua barang di dalam bonet kereta,
Pandai Abi pilih tempat parking.. Memang strategik..
Cuma ada juga rasa waspada... Sebab air dah sikit2 melewati Jalan Besar,
Terserempak dengan Ustaz Rosli Jabar... YB Tanjung Lumpur,


Ustaz Rosli memakai baju t-shirt
Kepalanya di ikat semacam skaf berwarna hijau & Bersamanya ada dua orang anak muda,
Rupanya semalam baru ku tahu (14 disember)...
Ustaz Rosli ketika itu berjalan kaki pulang ke rumahnya..
Dari Batu 3 ke Maahad Tahfiz Darul Fikri (kawasan Taman Tas)... Jauh tu


Inilah Ciri YB Melayu Muslim kita
Tahniah kepada yb berjiwa rakyat kita..
Tidak hanya berilmu Agama, petah berpidato.. Bahkan juga bersabung nyawa turun padang,
Anugerah buat Rakyat Tanjung Lumpur & Kuantan... YB Syafiq Fauzan juga sangat2 bagus,
Tahniah kepada semua wakil rakyat.... Nanti kita cerita bab tu pula...


Agihan Tugas
Aku pinta Adik carikan bot untuk ambil Mie & Abi,
Air yang begini tinggi tidaK memungkinkan mereka mengarung,
Aku titipkan tips untuk pengaruhi.. Hujjahkan Warga Tua & Tangan cedera,
Terus tinggal di tingkat atas rumah bukanlah tindakan tepat bagiku..

Tak sangka ada Petugas JPAM yang berbunyi:
Itulah.. Awal2 tidak mahu pindah, Bila dah begini mulalah...


Hanya Memerhati
Aku hanya memerhati... Ada rasa juga nak marah..
Tapi ada benar juga kata2nya, Namun...
Berhujah bukanlah idea terbaik sekarang.. Yang terpenting kerja selesai...
Apapun... Jasa JPAM di dalam krisis ini memang diakui... terima Kasih


Bot Polis
Sambil aku mencari Pusat Pemindahan Banjir,
Sementyara aku membaca keadaan Bilik Gerakan di Sekolah Paya Besar,
Ketika itu adikku akhirnya berjaya dapatkan bot..
Bot Polis... Sesuai sangatlah dengan sweater adikku biru... Sebijik...he2





Pakwan:
I''Allah.. nanti kita kisahkan pula perihal Suasana Pusat Pemindahan yang sangat2 mengtujakan saya, Rakyat2 Malaysia tanpa mengira Politik & NGO... Kamu memang terbaik !!!