Isnin, 9 Disember 2013

Saat dinaiki Air (Banjir Besar 2013)


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Pagi itu hujan lebat seperti biasa.
Semalamnya Syazwan dan Adiknya Syifa' datang ke Kuantan.
Mereka minta ditemani membeli keperluan untuk dibawa ke Mesir.


Pagi ini aku pergi mengajar seperti biasa walaupun hujan,
cumanya pagi ini jumlah pelajar yang hadir agak ketara kurang,
IÁllah faktor hujan yang turun lebat mungkin,
Aku lebih banyak berkurung di dalam kelas..


Sambil Tasmi' Ulangan hafazan anak2 muridku,

Ustaz... Ustaz puasa ke hari ini?
Ya... Ustaz puasa,

Ustaz puasa hari2 ke?
Tak.. Ustaz puasa Isnin-Jumaat jek..



Malas aku menerangkan alasannya

Selain ingin kurangkan makan (diet)...
Bayangkan nikmat makan di rumah bagaimana...
Abi, Mie & Adikku pula sangat2 pandai memasak..
Proses mengulang & menghafaz juga sangat2 terganggu bila kita kenyang...

Apatah lagi..
Tahun depan aku bakal teruji di tahun akhir Takhassus Al-Quran dan Qiraat Shoubro...
Jadi biasanya aku peruntukkan waktu petang untuk itu...


Keadaan agak Kelam Kabut
Jam baru menunjukkan pukul 11.30pg.. Lagi 1/2 jam untuk tamat,
Namun ada Ibu bapa yang sudah berjumpaku untuk bawa pulang anak,
Aku benarkan aja... Mungkin mereka risau jalan terputus akibat banjir,
Bila aku ke tingkap.. Air di longkang2 sudah hampir ke jalan raya..


Tiba di rumah
Petang itu aku Solat di Surau Al-Mubarak,
Aku redah dengan Motor Kriss SG Abi.. Air paras buku lali di sekitar Surau,
Moto pun dah bunyi lain macam.. Selepas itu... Aku press tanpa henti moto ketika pulang,
Takut juga bertolak balik...

Mak.. Abang Aji...!!
Aku hanya tersenyum kepada anak murid ibuku itu,


Ayahku dipanggil Ayah Aji.. Ibuku Mak Aji, Aku dan adik dipanggil Abang Aji...
Gelaran dikalangan Anak2 murid ibuku di Taman Perumahan ini...he2

Kereta Abi terus di bawa naik ke Jalan Raya yang lebih tinggi kedudukannya...
Bersedia dengan sebarang kemungkinan... Jika rumah dinaiki air iÁllah..


Sebaik terbaca status Ustaz Rosli di Facebook,
Petang itu aku berjalan kaki ke Masjid Al-Fatah... Dalam 6.30ptg,
Tunas Manja Sungai Isap yang ku lalui telah dinaiki air...
Ketika ini rumahku belum dinaiki air lagi..


Sayup2 aku nampak Sampan di Masjid Al-Fatah..
Berulang alik ke Trak 4WD didaratan Jalan.. Mungkin Sampan Bantuan Orang PAS,
Gayanya memang tak lepas nak Solat Maghrib di sana iÁllah,
Aku lantas Solat sahaja Maghrib di Shell tepi Nirwana Maju...


Malamnya
Aku solat Isya'  Surau Al-Mubarak Sungai Isap Jaya,
Kemudian aku pulang ke rumah..

Tak sangka rumahku sudah mula dinaiki air,
Ketika itu.. air sudah hampir sama level dengan lantai,
Sebarang kenderaan yang lalu.. Terutamanya 4WD akan sebabkan air masuk ke rumah,
Kami mula memunggah barang naik ke tingkat atas.. & ke atas meja,


Ketara air naik mendadak
Setiap tiga jam seterusnya.. Ketara air naik,
Dari tiada kepada ada.. Dari mencecah kaki, buku lali & betis,
Malamnya.. bila keluar ke laman rumah... Aku memberitahu Mie & Adik,

"Kita seolah2 berada di tengah2 Sungai Pahang..he2 "


Seorang Wira tidak semesti lahir di Kerusi Empuk,
Tetapi mereka hadir di celah2 Hiruk Pikuk..

Malam itu aku keluar rumah untuk memerhati keadaan,
Penduduk banyak tertumpu di simpang Traffic Light Sungai Isap..
Dua orang penduduk dilihat menjadi Polis Traffic tak rasmi... Menjaga lalu lintas,
Jalan bawah ke Bandar Kuantan sudah tidak boleh lalu... Dipenuhi air,


Apapun... Sangat2 berterima kasih dengan Brother2 ni...
Mudah2an Allah memberatkan Mizan Hasanah di Akhirat nanti... ameen




Pakwan: Nanti kita sambung semula episod ke 2-4 IÁllah,
Episod 2: Susana Air naik,
Episod 3: Susana di Pusat Pemindahan,
Episod 4: Suasana selepas Banjir.