بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Pusat Pemindahan juga dinaiki air
Sebaik aku menjengah masuk ke SMK Paya Besar,
Tempat tersebut dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Banjir,
Apa nak kata... Di situ juga dinaiki air... Paras Betis,
Bilik Gerakan (pendaftaran) berada di hujung.. Orang berpusu2,
Sempat juga aku berjumpa Man (Ustaz Sulaiman)...
he2.. Rumahnya juga turut banjir.. Tapi dia tidur Ofis Mertua dia,
Aku bergegas semula ke Jalan Besar... Bertentangan dengan rumahku,
Sementara menunggu Bot Adikku.. Sempat menonton Suasana jarang2 berlaku ini,
Adik sampai dengan Mie, Abi & jiranku
Mereka menaiki Bot Polis.. Alhamdulillah semua selamat,
Aku menunggu di tebing & menyambut barang yang sampai,
Aku arahkan mereka ke Sekolah & aku ke kereta menyimpan barang,
Mengatur Langkah
Semasa berjalan ke sekolah... Aku berkaki ayam,
Sambil mencebet beg.. Aku berjalan hampir 1-2KM,
Terdetik dihatiku ketika itu... sampai kini masih terasa,
Aku seolah2 berada di Alam Makhsyar... Hari Kiamat,
Tanpa mengira siapa kita & orang sekeliling
Kami semua melangkah ke Pusat Pemindahan..
Ada berkaki ayam.. Ada yang bertongkat.. Baju basah jeruk,
Semua sama sahaja di sisi Allah... Perasaan yang Menginsafkan,
Pusat Pemindahan
Di Pusat Pemindahan.. Kami duduk di Kantin,
Kawasan itu juga dinaiki air.. Namun hanya paras betis,
Kaki dah kecut.. Jadi aku letakkan sedikit tinggi,
Sementara menanti waktu yang sesuai untuk Solat Zohor,
Kami di Kem Guantanamo ??
Suasana ketika itu semacam di Kem Pelarian,
Orang lalu lalang.. Bawa kotak & beg.. Gendong anak2,
Hampir kesemua basah kuyup.. Berbaju lusuh,
Di udara 2-3 Helikopter sentiasa berlegar2... Macam suasana perang,
Keperihatinan Rakyat Malaysia
Antara peristiwa yang aku benar2 kenang & hargai..
Keperihatinan Rakyat Malaysia... Tanpa mengira Agama, Parti & Umur,
Secara sambil lalu dapatku sebut:
Sejak banjir bermula.. Unit Amal PAS sudah mengagih makanan,
Sebaik tiba lori milik UMNO.. Sukarelawan Pengakap tolong mengangkat barang,
Pemandangan biasa.. terpandang Wanita bertudung labuh ABIM membantu di Pusat,
Begitu juga berjumpa Orang Besar ISMA turun membantu...
& Juga NGO2 lain yang aku dah ingat2 lupa,
Aku mendengar khabar... Dato Nan(MB) ada di kawasan pagar,
Dengar khabar juga.. DS Shahidan Kasim ada datang...
YB Fuziah Salleh juga dengar khabarnya bertungkus lumus di IM,
DS Najib juga ada turun...
YB Ustaz Rosli & YB Shafiq Fauzan memang sudah makruf,
Jabatan2 Kerajaan & SRS juga kelihatan amat2 mengambil berat,
Sentiasa datang menghulur makanan pengalas perut... & Keperluan2 asasi,
Sikap ramah mereka melayan & menghormati Ibu bapaku masih terbayang2..
Juga keperihatinan Skuad Perubatan Kerajaan & Jemaah PAS...
Tangan Ibuku berjaya dirawat,
Pelajar UMP, USM & UPM memang terbaik,
Juga Seluruh Pelajar yang terlibat secara langsung atau tidak..
Bas2 kalian yang banyak sudah cukup menggambarkan keperihatian kalian..
Juga Tok2 Empat yang tak menang tangan melayan aduan Mangsa..
Allah jualah sebaik2 Pembalas..
Mudah2an Allah memberikan sebaik2 ganjaran buat kalian semua...
Kurang Lebih 30k di Pusat
Bila pulang pulang semula ke Rumah.. Baru faham keadaan,
Satu Malaysia sedang berbicara perihal kami.. Bantuan sedang giat,
Aku hanya mampu berterima kasih dihati... Semoga Allah menyayangi kalian semua,
Sambil menyerot satu demi satu topik di Televisyen...
Alhamdulillah...
Kami berjaya pindahkan sebahagian besar barang2 ke tingkat atas,
Namun kerugian mencecah juga RM600.00...
Tidak dapat ku bayangkan mereka yang berumah satu tingkat...
Berapa agaknya kerugian mereka,
Ditambah bagi mereka2 yang gagal memindahkan kenderaan..
Ada logiknya juga bila Unit Amal bagitahu ada yang kerugian RM3000.00,
Perabut daripada Serbuk Kayu memang tak tahan.. Hancur bila ditenggelami air,
Baru2 ini.. Abi terus beli rak pinggan & dapur dari besi... he2
Sekarang khabar angin masih bertiup
Gelombang kedua & cuaca tidak menentu.. Kami hanya menunggu,
Rata2 mangsa sekarang sedang mencuci rumah... Muka pun banyak yang muram,
Terubat juga dengan bantuan yang dihulur pintu ke pintu...
Baik yang nak bantu cuci & mengagih bantuan
Kenangan bermakna
Bagiku Ujian Banjir Besar 2013 ini suatu Kenangan,
Peristiwa yang sangat2 bermakna.. Mengajar Pengalaman Baru,
Juga membantu aku kenali kelebihan setiap ahli keluargaku,
Namun Ucapan Takziah juga... Buat Keluarga yang kehilangan Ahlinya..
Pakwan:
Setiap kejadian ada nilai2 yang kita boleh pelajari darinya... Kita ambil yang positifnya & cuba positifkan yang negatif... Bersyukur kerana dipilih berada di dalam Agama Islam.