Sabtu, 27 Februari 2016

Campak ke Laut menjadi Pulau. Campak ke Darat menjadi Gunung



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Minggu  ini aku mula berkhidmat di tempat baru. Suasana baru. Fikiran dan persekitaran baru.

Masih terlalu awal untuk aku bandingkan dengan kerja sebelum ini. Yang bagi aku, salah satu nikmat paling best telah Allah berikan.

Jika sebelum ini aku diselubungi rasa puas. Dapat berkongsi ilmu. Dapat murojaah secara maksimum berkenaan ilmu-ilmu Alquran. Kini aku berada di tempat yang agak berbeza. Dunia kejurulatihan.

Aku perlu faham kehendak dunia hafalan. Kemampuan dan batas setiap pelajar. Aku perlu lebih banyak berfikir cara psikologi berbanding dunia sebelum ini. Sebelum ini, aku hanya perlu fikir Ilmu.

Masih terlalu awal. Aku perlu lebih lagi masa untuk menganalisa.

Namun seperti biasa. Aku tidak boleh janji untuk jadi yang terbaik. Namun, aku akan cuba maksimumkan usaha aku. Untuk pastikan, dunia baru aku ini, menjadi dunia yang sangat best, yang boleh aku kenang dengan puas. Seperti dunia-dunia aku sebelum ini. Insha Allah.

Mudah-mudahan Allah memberikan pertolongan-Nya.

"...Campak ke laut menjadi pulau. Campak ke darat menjadi gunung..."