Sabtu, 27 Februari 2016

Guru Hafiz MUIP (Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang)


Cadangan Penambah baik;
[ Guru Hafiz Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. ]

Beberapa cadangan ini. Apa yang saya fikir perlu diperbaiki. Berdasarkan pemerhatian saya. Mungkin ianya tepat atau tidak, itu boleh diperincikan lagi oleh Pihak MUIP.

Kebaikan Guru Hafiz MUIP;

1. Idea ini sangat bernas. Tidak pasti samaada betul atau tidak. Tapi ianya seolah-olah meniru konsep guru Alquran di Alazhar Mesir. Lebih khusus, di Masjid Khazandarah Shoubro Mesir.

2. Dengan tanpa dikenakan sebarang bayaran. Masyarakat boleh belajar tajwid, memperbetulkan bacaan, menghafaz Alquran dan bertanya perihal Alquran dengan Guru yang terpilih. Mereka hanya perlu datang ke masjid-masjid daerah pada waktu bekerja.

3. Kewujudan guru hafiz juga. Menyebabkannya menjadi seolah-olah tempat asuhan warga tua. Kerana warga tua boleh menghabiskan waktu mereka dengan belajar Alquran. Sewaktu anak-anak dan cucu mereka ke sekolah, bekerja dan tiada di rumah. Mereka juga boleh beistirehat di masjid ketika waktu rehat.

4. Anak-anak yang tercicir. Kerana tidak dihantar oleh ibu bapa mereka ke Kelas Fardhu Ain. Mereka boleh belajar Alquran di sini.

5. Disebabkan kelayakan Guru Hafiz adalah mereka yang memiliki ilmu dalam bidang Qiraat. Jadi pelajar dan masyarakat sekitar sangat terdedah dengan Ilmu Alquran aras tinggi. Yang biasanya hanya diajar di Institut Pengajian Tinggi.

6. Masyarakat juga. Kini lebih mudah memperoleh sanad Alquran tanpa perlu tercari-cari guru. Sebab Guru Hafiz ini biasanya dari kalangan mereka yang mempunyai sanad.

7. Masjid hidup dengan kelas pengajian sepanjang waktu bekerja.

8. Konsep Guru Hafiz ini secara tidak langsung. Menmberikan impak dan idea kepada pengurusan masjid qariah juga surau-surau. Bagi mencetak konsep ini ke tempat mereka. Lalu kelas-kelas pengajian Alquran semakin bercambah.

Penambahbaikan yang perlu;

1. Jawatan ini memerlukan seorang ketua, penyelia atau pegawai yang juga mahir dalam dunia Alquran. Lebih khusus, mestilah juga graduan Qiraat. Kerana banyak selok belok yang hanya diketahui oleh graduan Qiraat tidak mampu dilihat oleh orang lain. Walaupun ia mungkin lulusan Pengajian Islam. Ia mungkin boleh sediakan jadual. Tapi kita akan rasa susunannya pelik dan tidak sesuai.

2. Guru-guru Hafiz perlu diberikan bilik rehat. Bayangkan, anda perlu mengajar dari pukul 8pagi sehingga pukul 12 tengah hari. Kemudian petangnya selepas Zohor hingga Asar. Purata masa sekitar 6-7 jam sehari. Sangat-sangat meletihkan. Kebiasaaan guru pun hanya mengajar 3 jam, dan selebihnya dipenuhi dengan kerja pejabat dan kokokurikulum.

3. Jawatan Guru Hafiz adalah suatu nama besar. Untuk berada disini. Anda perlu mahir sekurang-kurangnya tujuh qiraat (Hanya beberapa tempat di dunia ini yang menyediakan kepakaran ini). Anda perlu menghafaz 30 juz Alquran (Yang memerlukan masa dan komitmen yang sangat tinggi bagi mencapainya). Anda perlu mahir hukum-hakam agama (Satu bidang lain yang anda perlu bertalaqqi khusus). Anda perlu mahir ilmu tajwid tahap tinggi (Anda perlu pergi ke Alazhar atau berguru dengan Syeikhul Masyaikh. Guru kepada guru. dan ianya hampir tiada di Malaysia). Maka selayaknya, guru hafiz menerima skim gaji dan diberikan elaun-elaun yang lebih baik. Sekurang-kurangnya sama dengan skim gaji guru di sekolah harian kerajaan persekutuan.

4. Guru Hafiz menjadi rujukan tidak hanya masyarakat. Bahkan juga oleh imam-imam daerah. Jabatan agama Islam dan Majlis Agama Islam menjadikan Guru Hafiz sebagai rujukan utama. Khusus dalam bidang Alquran, Baik ketika melatih imam-imam kariah di dalam daerah mereka atau dijadikan panel penilai (Tidak ramai yang mampu menilai imam-imam, kecuali anda seorang pakar). Guru-guru Alquran akan datang dahulu belajar dengan Guru Hafiz sebelum mengajar murid-murid di sebelah petang atau malamnya pula. Maka selayaknya mereka ditempatkan di tempat yang selayaknya. Sebagai PAKAR RUJUK ALQURAN DAERAH. Taraf guru hafiz, sudah menyamai Pegawai-pegawai Agama Islam atau Imam Masjid Daerah. Namun mewakili MUIP.

5. Namun jika agak sukar. MUIP boleh meniru cara Maahad Tahfiz Negeri Pahang atau Masjid Negeri (Keduanya ditadbir Penghafaz Alquran). Berikan elaun mengikut jam bekerja. Jika di MTNP diberikan RM30 sejam. Kerjanya dari 2-3 jam pagi. Atau masjid negeri diberikan RM80 sekali mengajar (1jam 30 minit). Maka sebaik selesai kelas. Guru Hafiz boleh mendapatkan kerja lain. Seperti imam, mencuci pinggan, mengajar KAFA. Bagi saya. Cara begini melegakan sedikit Guru Hafiz. Setimpallah dengan elaun yang mereka beri. Berbanding cara diguna pakai MUIP sekarang. Cara MUIP menyebabkan Guru Hafiz terikat tanpa sebab. Dan elaun juga tidak setimpal.

6. Lebih berat. Situasi sekarang. Guru hafiz seolah-olah ditugaskan menjaga sebuah sekolah. Dengan purata yang mendaftar sekitar 50-70 orang. Semakin hari semakin bertambah pelajar. Mengajar dan duduk bersila dari pagi sehingga petang. Seorang diri. Memang sangat-sangat meletihkan. Lebih berat dari guru KAFA. Tidak hairan, ramai yang mengajar satu dua jam pagi kemudian rehat. Sambung tengah hari, rehat dan petang. Namun berdasar jadual yang disediakan MUIP. Cara ini dibimbangi tidak menepati kehendak MUIP. Maka akan beri kesan kepada keberkatan elaun diterima. Walhal kita bimbang, takut-takut cara ini menzalimi guru hafiz. Tidak hairan Guru Hafiz ramai cabut dari MUIP.

Akhir sekali. Ikhlas dari saya. Sebenarnya idea jawatan Guru Hafiz ini sangat bagus dan sangat bernas. Cuma mungkin kebajikan guru hafiz perlu lebih dijaga oleh pihak MUIP.

Ramai Guru Hafiz hanya berkhidmat purata 5-6 bulan. Bukan kerana mereka tidak suka dengan tugas ini. Mereka faham betapa perlu ikhlas, berkorban demi Alquran, Agama dan menyampaikan ilmu kerana Allah.

Namun tetap mereka punyai keluarga, ibu bapa, isteri, anak-anak, ansuran kereta, rumah, hutang PTPTN seperti orang lain. Semua ini akan menekan mereka sekuat-kuatnya. Agar mereka berhenti dari Jawatan Guru Hafiz dan mencari pekerjaan yang lain.

Namun jika MUIP berjaya menyelesaikan masalah ini. Saya yakin, kehidupan seseorang Guru Hafiz itu pasti akan menjadi lebih baik. Insha Allah.

Saya sudah berhenti dari jawatan Guru Hafiz. Saya menulis sekadar satu cadangan buat MUIP. Saya tiada untung atau rugi. Saya berharap rakan-rakan saya di Guru Hafiz MUIP  mendapat layanan yang lebih baik.

Mohon Maaf, terima kasih.