بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
1. Setiap kali selipar hilang. Mungkin tertukar.
2. Aku akan cuba cari selipar yang sedap mata memandang, murah, tahan lasak dan yang paling penting, TIADA ORANG PAKAI.
3. Tapi. Setiap kali itulah aku jumpa KEMBARNYA di tangga. Menunggu untuk TERTUKAR. Walhal sebelumnya sama-sama tiada. KEMBAR selipar sebelum ini juga turut lenyap bersama misteri.
4. Masa sekolah dahulu. Kerana selalu sangat hilang. Aku kerat bahagian hujungnya, supaya 'jelas' tandanya.
5. Namun bila ke tandas. Beratur pula KEMBARnya menunggu..
6. Dulu masa mula masuk sekolah menengah. Ramai yang baju dan kasut putih bertompok merah atau biru. Mungkin kerana semangat, nama ditulis dengan artline. Walaupun di sebelah dalam. Tapi bila basuh, ia akan membekas ke luar.
7. Kerana kerap sangat berlaku hilang selipar di sekolah.
Sampai ada tazkirah khusus pasal selipar. Teringat nasihat Almarhumah Ustazah Selamah Alattas tentang dosa curi selipar.
8. Budaya kita di Malaysia. Selipar diletakkan di luar masjid. Namun jika di Mesir, ada rak khusus di dalam masjid. Kita ingatkan rak Alquran, rupanya rak kasut. Ingatkan Mesir sahaja, rupanya di Mekah juga begitu. Plastik bergulung untuk simpan kasut diletakkan di pintu masjid. Letakkan kasut di dalamnya, dan anda boleh cebet bersama ketika tawaf dan saei.
9. Kebiasaannya. Selipar guru dan murid bercampur di pintu masuk. Jadi biasanya di pondok-pondok, sebaik tok guru masuk kelas. Kepala mutollaah yang menyambut akan mengambil selipar itu dan letakkan di tempat yang lebih baik. Suka tengok adab begini.
10. Antara permainan yang mendebarkan. Tapi best. Adalah Main Lontar Selipar. Pemain perlu melontar satu binaan selipar sehingga runtuh, dari jarak tertentu. Kemudian pemain lawan akan cuba menewaskan kita dengan membaling selipar ke arah kita. Kita perlu elak. Dan jika ingin menang, kita perlu membina kembali binaan selipar yang runtuh tadi. Mendebarkan.
11. Ada seorang teman beritahu. Dia pernah berpakat dengan teman-temannya untuk tubuhkan Parti Selipar Jepun. Setelah kita baca kisah di sebalik Selipar Jepun. Bagaimana nama ini boleh wujud. Mungkin Parti ini akan berikan nilai sentimental yang mendalam buat warga tua, khususnya yang pernah hidup di zaman Jepun.
Wallahua'lam. Mungkinn...