Selasa, 11 Oktober 2016

Kau kerja apa? kau kolot beb !



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

1. Lebih kurang setahun dulu. Aku pernah duduk pondok. Aku perhatikan, cara fikir tok-tok guru memang berbeza dengan cara orang luar fikir. Tentang gaji, rezeki, kerja, ilmu dan dakwah.

2. Kalau di pondok. Mana-mana pondoklah. Antara perkara paling malu nak kita borak. Tentang nanti nak kerja apa? Silap hari bulan. Tak perlu tunggu tok guru atau kepala mutollaah basuh. Kawan-kawan sebilik dah awal-awal sound;

"Ko sibuk dengan benda memang Allah dah janji (rezeki). Asbab sujud sahwi pun ko kantoi..."

Berbeza dengan dunia luar kan?

3. Di pondok. Antara nasihat wajib. Adalah belajar ilmu mesti bersungguh. Semata-mata kerana Allah. Jadi tidak timbul rugi belajar lama-lama. Ilmu itu nak buat apa. Takyah belajar pun tak mengapa. Kenapa nak hormat guru, kitab, orang tua?

4. Sebab belajar itu soal ta'abbudi. Kepatuhan kepada Allah. Bukan sebab kerja, sijil atau pangkat.

5. Kerana itu. Perhati betul susuk tok-tok guru dan tokoh agama yang ada. Berhempas pulas tolong agama Allah. Perhati cara diorang pilih jalan hidup.

- Almarhum Ustaz Atiqullah (Pondok Pasir Tumboh) sebelum hari cerah orang dah tunggu kat tangga. Sebab hajat nak minta tolong. 

- Ustaz Jamal sanggup berhenti dari gaji besar di YP. Sebab nak buka MABIQ.
- Ustaz Abdullah Khairi sanggup berhenti kerja kerajaan sebab dakwah.
- Ustaz Tuan sangup berhenti pensyarah sebab dakwah.
- Ustaz Asrar (Pondok Pasir Tumboh) tolak ditawar gaji besar. Sebaik habis belajar UK. Sebab nak mengaji di Pondok Pasir Tumboh.
- Nazri Raihan, berhenti dari Raihan untuk buka madrasah.
- Geng-geng Tabligh, berhenti kerja makan gaji dan langsung berniaga. Sebab mudah tumpu kerja dakwah.
- Nabi dan Sahabat usah ceritalah. Semua kemewahan dunia mereka abai. Demi nak bawa agama.

6. Serius beb. Walaupun kita tak mampu nak turuti jejak mereka. Mungkin jalan hidup kita berbeza dengan mereka. Sekurang-kurangnya minda kita terbuka. Allah memang dah tetapkan rezeki sejak kita dalam kandungan lagi. Takkan sesekali berkurang atau bertambah. Tak perlu bimbang.

Cuma, apa bekal kita nak dibawa ke sana nanti?

8. Hidup ini tak lama. Lagi 30 ke 40 tahun, takpun esok. Insha Allah kita dah mati. Walau apapun jalan hidup kita pilih. Fikir masak-masak. Kalau nak melabur.. Biarlah berbaloi !!

9. Jangan terpengaruh Fantasi Cerekarama. Sebab Ulama dah ajar benda berbeza.