Selasa, 4 Oktober 2016

Ujian Mutowwif Andalusia


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Ada dua fasa.

Fasa 1 (Temuduga):

Sekejap sahaja. Dalam 15 ke 20 minit. Ada banyak penemuduga. Kita pilih satu meja.

A) Kita diminta perkenalkan diri dalam Bahasa Melayu. kemudian Arab.
B) Minta bercerita tentang tempat-tempat bersejarah di Mekah Madinah. (Seperti Masjid Quba dan lain-lain)
C) Kita diminta lakonkan babak sebagai Mutowwif. Babak ketika beri taklimat di KLIA. Dalam Flight. Juga ketika mengerjakan  Tawaf dan Saei UMRAH.
D) Cara kita selesaikan satu-satu masalah.

*Point penting: Diorang nak tengok kepetahan kita bercakap. Karektor kita. Mesti tenang, penyabar dan matang. Mampu tangani saat-saat genting dengan bijak.

Kemudian. Hanya tunggu email dan panggilan. Mengatakan kita layak ke fasa 2.


Fasa 2 (Kursus):

Tempohnya lima hari. Bertempat di masjid. Makan minum percuma. Tempat tidur boleh di Wisma. Juga percuma. Pengangkutan mudah sebab teksi banyak. Dalam RM6-10 ke stesen LRT terdekat.

A) Diajar kita ilmu-ilmu perlu ada pada Mutawwif. Dari Hukum-hakam umrah. Hal perempuan (Haid istihadah dan lain-lain). Teknikal pengurusan di KLIA, Mekah, Madinah dan Ziarah. Juga pengenalan syarikat.
B) Mutowwif senior akan berkongsi pengalaman. Terutamanya yang pahit-pahit.
C) Diberikan peluang kita lakukan praktikal Umrah sambil dibimbing mutowwif senior.
D) Ujian bertulis banyak libat hukum-hakam, sejarah Makkah Madinah dan sirah Rasulullah.saw yang berkat dengan tempat tersebut.
E) Ujian Syafawi hanya nak lihat kita berlakon sebagai mutowwif. Memberi penerangan kepada jemaah. Setiap tempat digalakkan punyai 3 . Takrif, Sejarah dan dalil.

*Paling penting, bercakap. Jika lupa fakta. Lencongkan kepada ceramah atau pengisian jiwa.

Kursus ini best. Walaupun kita mungkin tawar hati nak jadi mutowwif. Tapi sangat berguna. jika kita nak buat Umrah atau haji nanti. Banyak ilmu berguna dicurah dari penceramah tip-top. Panel-panel haji muzakarah fatwa kebangsaan.

Kemudian. kita hanya perlu tunggu panggilan daripada pihak Andalusia. Samaada layak atau tidak.

Namun secara peribadi. Aku pula semakin berkobar-kobar nak berkhidmat kepada tetamu Allah. Harap-harap berjaya. Tak sabar nak tunggu bulan Disember ini. Aku sekadar mohon Mutawwif sambilan bulan 11/12. Insha Allah ada rezeki, nak sambung lagi.