Khamis, 7 September 2017

Cara belajar Ilmu Nahu

Masa SMA dulu. Ilmu nahulah antara ilmu paling aku tak suka. Sebab untuk boleh jawab soalan, kita kena tahu formulanya. Sepatut ilmu logik begini aku minat, tapi disebabkan tidak kuasai. Maka ianya bukan subjek favourite aku ketika SMA. Begitu juga STAM.

Namun disebabkan ianya pra-syarat untuk bolehkan kita baca kitab arab. Aku semakin teruja nak menguasainya, semangatku bergelora. Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan Ustaz Shazri, Ustaz lah asbab futuh kepada kefahamanku terhadap Ilmu Nahu Saraf. Bersyukur juga aku masuk ke markaz lughah dan bertemu kawan-kawan yang gila ilmu.

Peringkat pertama
Pastikan anda kenal huruf. Cara termudah dengan belajar membaca iqra. Jika sudah boleh membaca Akquran, maka untuk peringkat seterusnya sudah semakin mudah.

Peringkat kedua
Tidak tahu seluruh makna kalimah Bahasa Arab pun tidak mengapa. Cukup setiap kali jumpa kalimah baru. Anda cari maknanya di kamus. Jika dapat download software kamus dari android lagi baik, sebab lagi cepat boleh cari.

Peringkat ketiga
Kenal pasti kalimah. Ada tiga sahaja pecahan. 1-  Kata perbuatan. 2- Kata Nama. 3- Huruf. Semua kalimah arab akan termasuk dalam salah satu dari tiga ini.

Peringkat keempat
Kemudian barulah anda ke fasa terpenting. Yang menguji pengetahuan-pengetahuan anda sebelum ini. Dan ilmu di fasa inilah klu penting untuk pastikan penguasaan ilmu nahu anda selepas ini.

Fasa mengenal i'rob atau kedudukan kalimah. Dalam satu ayat, siapakah kalimah itu. Adakah dia pelaku, yang kena buat, kata kerja atau sekadar kata hubung.

Cukup anda boleh kenal posisi kalimah pun dah tak mengapa. Tidak perlu sampai menghafaz lafaz i'rob yang panjang-panjang. Untuk tahap ini. Saya fikir Kitab Nahu Wadeh paling sesuai. Sebab sesuai dengan cara moden.

Untuk fasa seterusnya. Dari menghafaz lafaz i'rob, tahu ta'alluq dan khilaf. Itu sudah di tahap tinggi. Saya fikir, cukuplah dahulu yang di atas bagi yang baru nak mula. Pastikan anda berguru !