Khamis, 7 September 2017

Travelog Perjalanan Menunaikan Haji 2

Mendarat di Airport Madinah
Sampai di Airport Madinah. Kami perlu tunggu turn. Lama juga menunggu, berjam-jam juga. Kami dibawa ke terminal haji, sebelum menunggu giliran menaiki bas. Passport kami diambil pihak Muassasah. Kami hanya perlu bawa beg 5kg dan beg galas. Kerana beg bagasi TH yang uruskan terus ke hotel. Tercari-cari juga mana sempadan tanah haram. Alhamdulillah, dapat juga kenalpasti. Penting sebab nak baca doa tanah haram. Perjalanan ke hotel tak begitu jauh, dalam 30 minit sahaja.

Sampai hotel. Kami diberikan bilik, ikut nasiblah. Bilik kami empat orang sebilik. Ada juga sebilik satu orang. Maklumlah musim haji, mungkin dia dah pajak satu hotel, jadi semua bilik sikira setara. Kalau musim umrah, lain bilik lain harga juga.

Ziarah dalam
Beberapa hari berikutnya, kami dibawa ziarah dalam. Fokusnya ke raudoh. Cuma bagi saya, jika nak lebih feeling dan menikmati sirah Rasulullah.saw, dicadang anda beli buku tulisan Dr.Abdul Basit di Malaysia, ataupun buku yang disusun Dr.Ilyas (boleh dapatkan di Madinah). Ada dua buku pasal Madinah dan satu buku perihal Mekah yang Dr.Ilyas susun. Buku ini bercerita tentang lokasi dan peta Kota Madinah dan Masjid Nabawu sendiri. Bagus kalau dapatkan semua. Jadi bila anda jalan sekitar Masjid Nabawi dan sekitar Madinah nanti. Mata kita lebih terbuka memerhati tapak tinggalan sejarah.

Madinah lebih tenang suasananya berbanding Mekah. Anda boleh ambil waktu terluang untuk ziarah perkuburan baqi. Beri salam, sedekahkan bacaan Alquran dan juga berdoa kepada Allah, dengan berkat Ahlul baqi. Jika google, anda boleh kenal pasti lokasi di mana jasad-jasad terkenal ditanam. Klu penting, setiap yang ada kesan disimen atau binaan, dalamnya bukan orang biasa-biasa.

Kemudahan disedia TH
Makan dibekalkan dua kali sehari. 11 pagi - 2 petang sekali. 6 petang - 9 malam sekali. Perkhidmatan pengeluaran wang TH ada tersedia 8 pagi - 12 tengah hari. 8 malam - 10 malam. Begitu juga perkhidmatan klinik, pos barang dan air zam-zam, juga TM untuk telefon ke Malaysia.

Ziarah Luar
Kemudian selang beberapa hari. Kami dibawa ziarah luar. Melawat Masjid Quba, yang pastinya menjanjikan pahala yang sangat besar bagi sesiapa yang bersuci di kediaman, kemudian datang bersolat di sini. Pahalanya seperti mengerjakan umrah. Kemudian kami ke Pasar Kurma. Walaupun mungkin agak mahal atau setara di luar, tapi di sini pilihan untuk membeli belah banyak. Serius, selama anda di Madinah atau Mekah. Inilah saat paling berbaloi untuk anda membeli belah kurma dan makanan arab lain. Sebab tempat lain tiada setandingnya dari sudut banyak pilihan.

Kemudian kami dibawa ke Uhud. Tempat berlakunya perang, Bukit Pemanah masih ada lagi bersebelahan Bukit Uhud.

Kami dibawa lalu Masjid Qiblatain, Jum'ah, tapak peperangan Khandaq.

Tapi bagi anda yang suka berjalan dan menikmati sungguh-sungguh lokasi-lokasi ini. Saya cadang pergilah sendiri, naik bas double-decker belakang masjid nabawi. Bayar SR60, boleh jalan puas-puas sepanjang hari, tanpa diganggu siapa-siapa. Saya pernah tulis tentangnya sebelum ini.

Setelah berlalu 8 hari, kami pun bergerak ke Mekah

Bersambung