Jumaat, 15 September 2017

Tak minat baca komen kepada Confession

Malas nak baca komen di bawah Confession IIUM. Padahal aku ni dah lah jenis minat dengar dan baca luahan orang. Bukan apa, cara netizen kita komen tah apa-apa. Tidak hairanlah, kenapa semakin kurang boleh jumpa insan-insan yang understanding + bijak meraikan di media sosial kini.

Ermm.. Malaslah nak cerita panjang. Takut nanti aku pun terpengaruh. Yang inipun macam dah lain macam lenggok tulisannya.

Aku nak tulis apa? Entahlah.. rasa nak menulis. Macam-macam dalam kepala. Tapi malas pula nak tulis berfokus satu perkara je.

Aku suka sejarah. Seronoknya dapat ceritakan sejarah pada orang. Hasil bacaan sendiri. Sejarah Rasulullah.SAW, sahabat, sejarah satu-satu tempat, sejarah melayu dulu-dulu, susur galur kesultanan, ulama dan lain-lain. Wah seronoknya... excited-nya.

Hah tengok. Mood aku dah datang semula..

Sebab tu aku suka menulis. Dengan izin Allah. Ia boleh jadi asbab utama untuk pulihkan mood-ku.

Ok-lah. Tengah senangat nak baca buku sejarah Mekah tulisan Ustaz Ilyas dan Dr.Basit. Ok.. sayonara